26 November 2011

just for fun...

entry ni ditujukan khas untuk korang2 yg tengah rasa bosan, sedih, pening kepala (mcm saya) dan lain2 yg sama waktu dgnnya... harap korg trhibur dgn jokes kat bwh ni... jokes ni bukan ciptaan saya... tapi dipetik drpd majalah2 yer.. 

Mat dan Min adalah anggota polis yang sedang meronda di sebuah pekan. Tiba-tiba, mereka ternampak seorang budak kecil sedang menangis teresak-esak di tepi jalan. Mereka pun memberhentikan motosikal lalu bertanya:
Mat : Adik, kenapa menangis ni?
Min : Yalah, cuba beritahu abang, biar abang tolong.
Budak : (Sambil menangis) Adik sudah satu jam tunggu di sini
Mat : Adik tunggu siapa? Ibukah? Biar kami hantar adik balik
Budak : Bukan, tadi masa keluar rumah, ibu ada pesan, kalau nak lintas jalan, tunggu kereta lalu dulu, baru lintas. Sudah satu jam saya tunggu, tapi tidak ada satu kereta pun yang lalu.
Mat & Min  : La.. kes salah fahamlah ni (sambil menepuk dahi)

hahaha....

~dah abis dah~
*sori kalau lawak ni tak cukup lawak... hope korang suke
  

0 conteng-conteng: