01 January 2012

2012 is here!!

hi semua!! wah... awalnya saya mengupdate hari ni.... maklumlah, saya dah tak sabar2 nak menulis entry pada tahun baru ni.... sebelum korang baca entry ni, harap korang sabar ye sbb entry ni agak pnjg kot...

hmmm... byk sangat kenangan pada tahun 2011 ni... tahun 2011 la saya start berblogging... tahun 2011 la saya menghadapi peperiksaan UPSR... mmg banyak sgt kenangan manis dan  pahit sepanjang tahun lepas... bukan cuma pahit dgn manis je... masam, masin dgn tawar pun ada tau! huhu... apapun, jom kita lambai sikit kat tahun 2011 tu.. dia nak membawa diri ke london tu.. naik flight lagi... bai 2011....

hari ni, pada 1 Januari 1999, genaplah 2 tahun 21 hari (jam dan saat tak dpt dikenalpasti..) umur blog saya..... (hei jgn nak berangan la..) baru 2 bulan 21 hari je... huhu... rasa tak sangka la pulak dah 2 bulan saya bersama dgn blog ni... byk betul kenangan yg kita dah lalui bersama.... sedih2...

dan pada hari ni jugak, umur saya dah jadi 13 tahun (belum genap lagi ye)...wah, dah makin tua dah saya ni... dah nak masuk sekolah menengah dah hari Rabu ni.... oh my blog... I will miss you so much..

sempena tahun 2012 ni kan, mesti korang semua dah senaraikan azam korang kan?? korang mmg blogger bloggie yg baik...nah lollipop free...apa dia?? korang suruh saya senaraikan azam saya?? rasanya sampai esok pun tak habis... byk sangat azam saya ni...bukannya selalu tercapai pun... tapi saya dah senarai pendekkan azam2 saya kepada 2 ikrar yg comel2... ala2 dalam novel aku mahu sais s tu.... huhu....

ikrar untuk diri sendiri:
bahawasanya saya, Puteri Nur Afiqah bt Megat Abdul Samat, pelajar yg berumur 13 tahun, dengan ini, berikrar..
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha saya, untuk mencapai cita2 saya,
berdasarkan prinsip2 yg berikut:
kepercayaan kepada tuhan
kesetiaan kepada pelajaran dan sekolah
keluhuran ketika berkawan
kedaulatan peraturan sekolah
kesopanan dan kesusilaan macam gadis melayu terakhir..

ikrar untuk blog saya:

bahawasanya saya, Puteri Nur Afiqah bt Megat Abdul Samat, pemilik blog Princess diary,dengan ini berikrar,
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha saya, untuk mencapai cita2 saya,
berdasarkan prinsip2 yg berikut:
kepercayaan kepada tutorial
kesetiaan kepada followers yg baik hati
keluhuran ketika menulis entry
kedaulatan segmen2 dan contest
kesopanan dan kesusilaan tehadap blogger lain..

akhir kata, saya nak ucapkan berjuta2 arigato gozaimasu kepada semua yg membantu saya sepanjang tahun 2011. saya juga nak minta maaf atas kesilapan dan kekasaran bahasa pada tahun lepas dan saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua yg bergelar Malaysians.. jadikan tahun ini lebih baik drpd  tahun lepas... tutup buku yg lama... kita mulakan buku baru yer!

~dah abis dah~
saya sdg dalam usaha untuk membaiki cara penulisan saya!



0 conteng-conteng: