28 December 2011

adab ketika bersin dan menguap


selamat pagi semua... harap semua yg tengah membaca ni sihat2 belaka ye... 

ok2... hari ni saya nak kongsikan sesuatu untuk korang semua... rasanya korang semua dah sedia maklum tentang apa yg akan saya kongsikan.. korang jgn terkejut, bukan cuma tidur dan makan je yg kena ada adab tapi bersin dan menguap pun ada adabnya jugak..... nak tau apa adabnya?? let's check it out...
kredit untuk : majalah wardatul fikri edisi 07.

 adab ketika bersin....
      jika kita bersin, ucapkanlah 'alhamdulillah' dan bukannya ucap 'excuse me' atau 'maafkan saya' dan 
           lain2 yg sewaktu dgnnya sebagaimana yg sering diamalkan oleh org2 barat..
      bagi yg mendengar org bersin, ucapkanlah 'yarhamkallah'/ 'yarhamkillah' yg bermaksud 'semoga Allah 
           merahmati kamu.' inilah kebaikan amalan dalam Islam iaitu saling doa- mendoakan.bagi mereka yg 
           bersin tadi setelah mendengar doa rakannya, ucaplah 'yahdikumullahu wa yusliha balakum' atau
          'semoga Allah memberi kamu hidayah dan membersihkan hati kamu.
      sekiranya kita mendengar org itu bersin berkali2, cukuplah kita mendoakannya sebanyak 3 kali.
      sekiranya org bukan Islam yg bersin, kita boleh doakan supaya mereka mendapat hidayah drpd Allah
      ketika bersin, palingkan muka drpd org lain. bersin dihadapan org menimbulkan suasana tidak
          menyenangkan. lebih2 lagi jika ketika itu mereka sedang menjamu selera.
      tutup mulut bagi mengurangkan suara dan kotoran yg keluar. ini berdasarkan sunnah Rasulullah
           S.A.W.
           'adalah Rasulullah S.A.W. ketika bersin, baginda akan meletakkan tgn atau bajunya di
           mulutnya unutk mengurangkan bunyi suaranya..'
   riwayat: Abu Daud dan Tarmizi  
      bersihkan hidung atau mulut setelah bersin.

adab ketika menguap
     nabi S.A.W menganjurkan kita supaya menahan diri drpd menguap. ini berdasarkan hadis baginda yg
          bermaksud
          'apabila kamu menguap, hendaklah menahannya sekadar termampu kerana sesungguhnya
           apabila seseorang kamu menguap, Syaitan akan mentertawakannya...'
riwayat: Bukhari
     jika hendak menguap juga, letakkan tangan di atas mulut untuk mengelakkan Syaitan drpd masuk untuk 
          mengelakkan Syaitan drpd masuk ke mulut ke mulut kita. Rasulullah S.A.W berpesan dalam sabdanya 
          yg bermaksud
          'apabila seseorang kamu menguap, hendaklah meletakkan tgn pada mulut. sesungguhnya Syaitan
          akan masuk melalui mulut yg terbuka'
riwayat: Muslim
     elakkan drpd mengeluarkan suara yg keras. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud
          'sesungguhnya Allah suka kpd org yg bersin dan membenci org menguap. maka apabila
           seseorang kamu menguap. jgn sampai berbunyi 'haaa!' kerana demikian itu, Syaitan 
           mentertawakan kamu.'
riwayat: Muslim , Ahmad dan Tarmizi

semoga info ini berguna untuk korang semua...

~dah abis dah~
      

2 conteng-conteng:

xmbmrx said...

My first giveaway, Join lah kalau sudi :D

http://xmbmrx.blogspot.com/2011/12/first-giveaway-by-wm-erlysa-athirah.html

puteri nur afiqah said...

@xmbmrx
ok... ada masa saya join ^_^