09 December 2011

kaki novel!!


lepas habis edit gambar tadi, ilham nak buat entry ni pun memunculkan diri tanpa segan- silunya.. hihi~
hmm...sebenarnya saya ni memang kaki novel!! bukannya kat kaki saya ada banyak novel ye... sebenarnya saya ni dilahirkan untuk menjadi seorang insan yg sangat2 menggilai novel... sehari tak baca novel rasa mcm hidup tak lengkap.. rasa kekurangan.. mmg saya dan novel tak dpt dipisahkan..


hmm.. selalunya org yg suka baca novel ni semestinya akan suka baca buku? betul tak? tapi saya ni susah sikit nak baca buku lain selain novel.. suka tu, suka la jugak.. tapi takde ape pon yg boleh merebut tempat novel di hati saya.. 

ok.. tanpa berlengah2 lagi.. hari ni saya nak sharekan beberapa novel best2 yg pernah saya baca...

carta top 5 novel2 paling best yg pernah saya baca & anugerah lain2 (rekaan jer)..
tempat kelima akan menerima hadiah makan malam di rumah sendiri.. pemenangnya jatuh kepada.........
tajuk: Bagaikan Puteri
pengarang: Ramlee Awang Mursyid
penerbit: Alaf 21
haryani dan laksamana sunan... dua manusia dari alam yang berbeza.. ditakdirkan bertemu pada kurun ke-15... laksamana sunan berjuang untuk mempertahankan Islam drpd manusia pemuja syaitan...
novel ni turut menerima anugerah novel terpanjang yg prnh saya baca..ada lagi novel sambungannya... tadaa....
ni pon dh baca jgak.. byk lagi sambungannya..

tempat keempat carta novel2 paling best yg pernah saya baca jatuh kepada.... upss...lupa plak.. pemenang akan menerima sebuah notebook.. notebook buku nota yer...
tajuk: melah melia rombongan ke pangkor
pengarang: ainin naufal
penerbit: pts one sdn. bhd.
mengisahkan tentang melah melia dan kawan2nya yg mengikuti rombongan ke pangkor.. mcm2 yg terjadi... ni sambungannya...
sebenarnya byk lgi novel siri melah melia ni tapi ni je yg saya baca.. memenangi anugerah novel berkisarkan sahabat terbaik...

tempat ketiga bakal memenangi telefon bimbit berharga RM99.99... jatuh kepada...
tajuk: cinderellah vs rappunzellah
pengarang: AinMaisarah
penerbit: blink book sdn. bhd.
mengisahkan tentang fizz fazlullah dan tiz tiranah (bukan fizz fairuz dan tiz zaqyah ye) yg terperangkap di alam dongeng.. untuk kembali ke dunia asal, mereka perlu menyelesaikan 10 kes daripada agen konsortium pari2..
novel ni ada sambungan jugak... ni dia...
novel ini memenangi anugerah novel imaginasi terbaik...

tempat kedua bakal memenangi kereta Alza......... edisi mainan.. pemenangnya ialah...
tajuk: cikgu paling gempak 
pengarang: ainin naufal
penerbit: pts one sdn. bhd.
mengisahkan tentang seorang guru ganti bernama Amir yg terpaksa mengajar kelas 2 Biru yg sentiasa haru- biru.. pelbagai kerenah perlu dihadapi dgn sabar..
 novel ni memenangi anugerah novel berkisarkan pendidikan terbaik.. huhu~ sesuai untuk sesiapa yg teringin nak jadi cikgu..

 setelah beberapa jam menulis, akhirnya sampai jugak ke tempat pertama... bakal memenangi percutian ke bulan...... (fuyooo... syoknya).... tapi dalam mimpi jer... pemenangnya ialah... music please...




tajuk: aku mahu sais s
pengarang: Ain Maisarah
penerbit: pts one sdn. bhd.
mengisahkan tentang kelab sais xxl dan the size s yg dulunya asyik bergaduh.. akhirnya ahli kelab sais s diberikan tugasan untuk menurunkan berat badan ahli kelab xxl kepada sais s.. 
novel ni memenangi anugerah novel kesayangan saya dan novel diet terbaik... nak tau kenapa novel ni dpt anugerah novel kesayangan saya? sbb novel ni merupakan hadiah 5A UPSR saya.. huhu~ bukan menunjuk2 ye...

kesimpulan drpd entry merepek ini ialah saya memang kaki novel... dan lagi satu, pupuklah amalan membaca.. tak kesahlah buku apa pun asalkan buku2 yg berfaedah.. kepada novel2 yg tidak berjaya memenangi top5 carta ni... cuba lagi ni masa akan dtg ya... novel2 lain pun best jugak..cuma novel2 di atas ni merupakan best among the best..

~dah abis dah~
novel2 di atas bukan untuk dijual.. kalau nak beli, sila beli dikedai2
buku berhampiran anda



3 conteng-conteng:

Ayesha Ramlee said...

akak da baca sebahagian entry2 adik.. eammmm, boleh tahan cara penulisan... semoga impian adik untuk jadi blogger terkenal, akn tercakap ye..

akak pun nak cari novel cikgu amir 2lah... :D

* cantikkan blog adik lagi, kalau rajin. masukkan tutorial... insyaallah

Ayesha Ramlee said...

opppz, kalau rasa tak rajin nak update. takpe, meeh tempah kat akak je... :D

puteri nur afiqah said...

terima kasih akak.. insyaalah nanti saya buat tutorial.. buat masa ni nak focus wat entry biasa dulu...