20 December 2011

sakit mata!

mesti korang pernah kan rasa mata korang pedih? mana taknya, asyik menghadap laptop je 24 jam kan? (ada kaitan ke?) saya pun sama je mcm korang... hihi... tapi  korang jgn risau.. hari ni doktor puteri nur afiqah (doktor???) akan mengupas satu- persatu pasal sakit mata ni..kredit untuk majalah e- baca edisi 72 for the info..
sori sbb gmbrnya tak jelas..

sakit mata atau konjunktivitis
     seringkali jika mata kamu mengalami kemerahan dan mengeluarkan cairan yg banyak, keadaan ini akan
     digelar sebagai sakit mata. sakit mata yg sering disebut oleh korang semua sebenarnya adalah radang
     selaput mata atau konjunktivitis. radang terjadi disebabkan oleh bakteria atau alahan

tanda2 dan gejala
     tanda dan gejala radang selaput mata ni biasanya bergantung kpd sebab2 radang selaput mata. terdapat
     beberapa sebab kepada radang selaput mata yg korang semua hadapi. berikut adalah tanda2 dan gejala
     yg mungkin kamu hadapi..

 disebabkan oleh bakteria
      mata merah
      pengeluaran cecair yg pekat
      kelopak mata melekat
      selalunya bermula pada satu mata, kemudiannya berjangkit ke sebelah yg lain
      selalunya berlarutan selam seminggu
  disebabkan oleh virus
      mata merah
      pengeluaran cecair yg cair
      berlarutan antara 2 minggu atau lebih
  disebabkan oleh alahan
       mata merah
       gatal mata, kadangkala gatal hidung ( jika melibatkan resdung)
       mata berair dan pedih
       mata sentiasa berair
        kedua dua belah mata sakit pada masa yg sama
       berlanjutan buat tempoh yg lama

cara2 mengelak jangkitan
     sebaik2nya, elakkan drpd menyentuh mata kamu
     jika tersentuh mata, segera basuh tangan kamu
     elakkan bergaul dgn mereka yg menghadapi penyakit radang mata
     jgn berkongsi barangan peribadi seperti tuala

cara merawat
     gunakan air suam bagi tujuan mencuci atau mengelap mata kamu
     pastikan air yg telah digunakan adalah air biasa ataupun air yg telah dilarutkan dgn sedikit garam

kalau sakit mata anda menjadi semakin parah, segeralah berjumpa dgn doktor ye... kalau korang semua nak penyakit sakit mata anda bertambah parah, sila berjumpa dgn doktor yg bernama puteri nur afiqah ye!

~dah abis dah~
hope info ni berguna untukkorang semua yer!
   

2 conteng-conteng:

Cik mama said...

uishhh serik klu kna sakit mata ni, bila nak solat time sujud tu, nak terkeluar bijik mata ni.... adeh sakit

puteri nur afiqah said...

@Cik mama
betul tu...