31 December 2011

tip berjimat cermat


hai semua... apa khabar??? harap korang semua sihat2 sejahtera ye...

ok, seperti yg telah saya cakap (aish!! wrong BM ni.. taip sebenarnya..) dlm entry ni... hari ni saya nak sharekan tips2 berjimat cermat.. entry ni sebenarnnya ditujukan khas untuk kanak2 ribena dan lain2 yg sama waktu dgnnya... kalau korang yg bukan kanak2 ribena ni nak baca jugak pun boleh... lagi saya suka... bak kata mei mei, saya suka!! saya suka!!!

ok2, korang dah tak sabar kan nak tau tips berjimat cermat kan?? apalagi, jom kita tengok!! ehh... lupa pulak nak kasitau... saya nak kredit kat majalah e-baca edisi 73 for the info...

 tips berjimat cermat 
  bawa bekal dari rumah
       jangan malu membawa bekal dari rumah. selain dapat berjimat, kita juga sebenarnya dapat mengamalkan pemakanan yg sihat. makanan dan minuman yg dibawa dari rumah sebenarnya lebih terjamin kebersihannya..

 berbelanja di kantin
      jika ibu bapa tkita tidak sempat menyediakan bekalan makanan, kita boleh membeli makanan di kantin sekoalah. harga makanan di kantin sekolah lebih murah berbanding di luar.

 makan sebelum datang ke sekolah
      seelok2nya, kita makan terlebih dahulu di rumah untuk mengelakkan kita berasa sangat lapar dan berelanja dengan banyak pada waktu rehat.

 bawa bekalan makanan yg lebih
      bagi korang yg mempunyai kelas tambahan selepas sesi persekolahan, korang boleh membawa bekalan makanan lebih drpd hari biasa seperti biskut, susu atau air. tapi bagi korang yg tinggal berdekatan sekolah, bolehlah pulang dahulu ke rumah dan makan sedikit sebelum pergi semula ke kelas tambahan.

 pulang terus ke rumah
      salah satu cara untuk berjimat cermat ialah pulang terus ke rumah setelah tamat sesi persekolahan. jangan sesekali melencong ke tempat2 yg tidak berfaedah atau ke pasar raya jika kamu tidak mempunyai niat untuk membeli barang. seelok2nya, ajak ibu bapa untuk menemani adik membeli barang. hal sebegini dpt mengelakkan diri drpd ditipu dan berbelanja dgn lebih...


tengok tu... banyaknya shopping!!!

 amalkan sikap menabung
      akhir sekali, kita mestilah melatih diri untuk menabung. cuba biasakan diri dgn menabung setiap hari. kita juga boleh menetapkan kadar yg mampu disimpan setiap hari. sebagai contoh, sehari seringgit. kata org sikit2 lama2 jadi bukit.

ha, macam mana? sekarang korang dah tahu kan tips berjimat cermat? apalagi, praktikkanlah tips ni dalam kehidupan seharian.. jgn asyik shopping je.. nanti bila poket dah kering, baru korang menyesal! hope this info berguna untuk korang semua!

~dah abis dah~
jom kita menabung!!



0 conteng-conteng: