05 February 2012

Salam Maulidur Rasul

apa khabar semua?? harap korang semua sihat2 belaka ya! saya nak tanya korang sikit ni... korang tau tak hari ni hari apa??? *hari Ahad, cikgu*... yela, hari ni mmglah hari Ahad.. tapi, hari ni telah berlaku satu peristiwa yg sgt penting dlm sejarah Islam.... ha??? dah tau kan?? hari ni merupakan hari Maulidur Rasul!! pandai semua!!

apa hari Maulidur Rasul tu?? Maulidur Rasul ni adalah hari dimana nabi kita, nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan.. tau tak bila nabi Muhammad dilahirkan??? jom... hayati lirik lagu dibawah....

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
pada hari ini, kita semua digalakkan berselawat.. nak tau apa kelebihan berselawat?? jom tengok kat bawah ni...
  1. melaksanakaan perintah Allah s.w.t
  2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kpd Rasulullah S.a.w.
  3. mendpt ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bereti rahmat
  4. bersemaan dngn selawat para malaikat
  5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari drjat atas setiap satu-satu selawat
  6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
  7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
  8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
  9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
  10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
  11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
  12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
  13. mendapat darjat al-sidq
  14. ditunaikan segala hajat
  15. selamat sejahtera pada hari kiamat
  16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
  17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
  18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
  19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
  20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
  21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
  22. tidak akan merasai fakir
  23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
  24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
  25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
  26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
  27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut "alhamdulillahirabbil'alamin" di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
  29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
  30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
  31. mendapat keberkatan Alalh
  32. mendapat kesempurnaan iman
  33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
  34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
  35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
  36. teguh pendirian dengan kebenaran
  37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
  38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
  39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
  40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
  41. antara kelebihan ynag paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
  42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
kredit: sini

jadi, semua... apa lagi... jomlah kita semua berselawat ramai2... tapi ingat!! jgn cuma berselawat hari ni je , lakukan secara berterusan tau!!


~dah abis dah~
Salam Maulidur Rasul semua!!!





2 conteng-conteng:

::WafaIrdina:: said...

salam maulidur rasul
sama2 perbnykkan selawat ke atas baginda dan kelur=arga baginda
:D

puteri nur afiqah said...

@::WafaIrdina::
salam maulidur rasul juga...
betul2!! saya sokong akak ^_^