31 May 2012

ais + susu = aiskrim???

hai semua... korang semua sihat??? *krik2.... * bagus2!!

hari panas macam ni kan best kalau ada aiskrim... slurpp... meleleh air liur bila tengok aiskrim.... ok2... dalam entry hari ni saya nak ceritakan serba sedikit tentang sejarah aiskrim....setelah puas mengusha2 maklumat dari mr goooooogle ni akhirnya jumpa la sejarah aiskrim ni... kat sini saya jumpa ada 2 sejarah berlainan tentang aiskrim ni, tak tahulah mana satu yang betul... korang tak sabar nak tau sejarah aiskrim?? jom, kita terjah untuk satu kepastian!! (ada gaya nas ahmad tak?? )

SEJARAH 1....
Aiskrim mula dicipta kira2 200 tahun yang lalu oleh bangsa cina. pada masaitu, mereka membuat aiskrim menggunakan salji dan campuran nasi dan susu... wah... cuba bayangkan korang tengah makan salji... Maharaja China ketika itu, Tang Shang merupakan manusia pertama yg menjadikan aiskrim sebagai santapannya. Beliau pernah mengarah 94 orang lelaki semata2 untuk membuat aiskrim untuknya... ish2...
bahan yg mereka gunakan ialah tepung, kapur barus dan campuran susu lembu...

Marco Polo, seorang pengembara Itali melihat aiskrim dihasilkan di China. dan sekembalinya dia ke Itali, dia pun memperkenalkan aiskrim kepada rakyat Itali termasuk maharaja Rom.

sumber: sini

SEJARAH 2...
Orang yang mula2 menemui cara membuat aiskrim ialah Gerald Tissain dalam tahun 1620

sumber: sini

menarik kan?? okey, sekarang ni jom kita tengok fakta2 menarik tentang aiskrim.....
 aiskrim mula dihasilkan pada tahun 1600
 makanan yang sering dihidangkan kepada golongan diraja khususnya di England
 Thomas Jefferson merupakan orang pertama yg mempunyai resepi pembuatan aiskrim vanila pada masa dahulu
 Pada tahun 1847 Nancy Johnson telah mencipta kejayaan dengan mencipta mesin pembuat aiskrim yang dikenali sebagai (Hand-Crank) namun kemudin dia menjual hasil ciptaannya yang diberi nama " Johnson Paten Ice Cream Freezer" kepada William Young.
  Pada tahun 1851 Jacob Fussell telah menjadikan penghasilan aiskrim sebagai satu industri terbesar di Amerika Syarikat.
 Pada tahun 1984 Amerika Syarikat telah mewujudkan BULAN AISKRIM KEBANGSAAN yang disambut pada bulan julai setiap tahun.
sumber: sini
hmmm... rasanya ini je kot yang saya nak share hari ni... perut ni tengah berkeroncong meminta aiskrim... tapi nak buat macammana aiskrimnya takde kat sini.... takpe2... tengok gambar pun jadilah... kepada korang yang bakal menikmati aiskrim nanti, selamat menjamu selera tau!!! sebelum menjamu selera, jom kita jamu mata dulu tengok aiskrim yg sedap2 ni.....
  
sedapnya...
 
yang mana satu pilihan anda???
 
 
sedapnya.....

~dah abis dah~












4 conteng-conteng:

Amanina said...

rajin post fakta sejarah ni. weee :D
nice sharing!
akak suka jugak eskrem, nak nak flavour coklat! yuhhuu, klau mkn memang tak igt dunia dah. wakaka :D

Lily Puteh said...

wahhh ! tak pernah tau pasal sejarah ais krim ni . hari ni baru tau . thankyou berkongsi info :)

puteri nur afiqah said...

@Amanina
thanks... saya pun suka jgak eskrem coklat...

puteri nur afiqah said...

@Lily Puteh
welcome...