01 June 2012

jom contohi semut!!!


hari ni saya nak cerita pasal semut...  semut atau dalam bahasa orang putehnya disebut sebagai ant....

mungkin kita anggap makhluk kecil comel ni tak penting dalam kehidupan kita tapi sebenarnya semut menguasai hampir keseluruhan bahagian bumi... semut hanya tidak terdapat di Iceland, Greenland dan Hawaii...hebat kan semut ni?? sebenarnya banyak lagi fakta tentang semut yang kita masih tak tahu... nak tahu?? jom tengok bawah...

FAKTA TENTANG SEMUT..
 semut berasal daripada keluarga Formisidae dan juga termasuk dalam kategori lebah
 terbahagi kepada lebih daripada 12 ribu kelompok
 semut bergerak 24 jam sehari
 kecepatan berjalan semut dibandingkan dgn manusia ialah 0.5 kilometer sejam dgn volume 1/130. kecepatan semut jika dibandingkan manusia ialah 80 kilometer sejam
 semut mampu mengimbangi binatang atau serangga musuh yang bersaiz 5 kali lebih berat daripadanya kecuali lebah, labah2 dan lipan
 semut mampu mengangkat benda 10 kali ganda lebih berat daripadanya
 sarang semut ialah sepanjang 7 kilometer apabila diluruskan

CARA SEMUT BEKERJA
 mula2, mereka melicinkan jalan supaya dapat melaluinya dengan mudah
 jalan itu atau laluan ke sarang untuk membawa pecahan dedaun itu kelihatan seperti lebuh raya yg kecil
 semut peladang (attas) akan berjalan di laluan ini, berlindung di bawah pecahan daun yg besar 
 sikap semut yang saling bantu membantu terbukti apabila semut attas yang sedang melakukan kerja akan ditemani oleh pekerja2 yg lebih kecil yang akan memanjat naik ke atas daunyang dibawa oleh attas untuk memerhati keadaan sekeliling. jika berlaku serangan musuh mereka akan melindungi sahabat mereka walaupun bersaiz kecil..
 dedaun yang dibawa ke sarang akan digunakan sebagai ladang mereka iaitu untuk menanam kulat.
 semut tidak dapat memakan dedaun secara sendiri. jadi, mereka membuat satu longgokan pecahan dedaun selepas mengunyahnya dan kemudian menempatkannya di dalam bilik2 bawah tanah yang berada di dalam sarang
di dalam bilik2 ini mereka menanam kulat di atas daun dan mereka memperoleh makanan daripada pucuk2 kulat yg tumbuh...

sumber: fokus SPM bil 90

hebat kan semut... apa yang perlu kita contohi di sini ialah sikap kerjesama yang diamalkan oleh semut.. sedangkan semut yang tidak mempunyai akal pun boleh mengamalkan nilai2 murni, apatah lagi kita manusia...

so, pesanan akhir daripada cik semut....


~dah abis dah~








4 conteng-conteng:

are_lin@yu said...

nice dear..jom kita contohi semut ;-)

Lily Puteh said...

wahhh ! tak sia2 follow blog kamu , byk fakta menarik yg sy sendiri pun tak pernah tau :)

puteri nur afiqah said...

@are_lin@yu
jom2!!

puteri nur afiqah said...

@Lily Puteh
takdelah... blog lily pun best jugak...
thanks...