26 October 2012

selamat hari raya aidiladha...~

curik from encik google...

amacam semua?? dah mkn dah.. mesti sedap kan juadah korang hari ni?? maklumlah hari raye kan~

di kesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua umat islam  di seluruh dunia... buat yg ingin melaksanakan ibadah korban, ingat! laksanakan ibadah korban ini dengan ikhlas...

Allah berfirman dalam surah Al-Hajj:
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat (34)

Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.(35)

Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. (36)

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (37)

tengok! lembu2 ni pun sanggup dikorbankan kerana Allah..
so, kita sebagai manusia kenalah mencontohi sifat lembu ni...



~dah abis dah~



25 October 2012

let's clean our heart...

sepanjang kita hidup di muka bumi ni, mesti banyak kesalahan yg kita dah buat kan? maklumlah, dan namanya manusia... mestilah tidak lari drpd kesalahan... manusia itu sendiri berasal drpd satu perkataan bahasa arab yg bermaksud lupa kan?? so, sudah tentulah manusia ni tak perfect.. jauh sekali drpd perkataan P.E.R.F.E.C.T itu sendiri...

so, korang nak tau tak macammana nak bersihkan hati kita yg dah penuh dgn kotoran dan titik2 hitam ni?? jom kita baca story kat bwh ni... ( story ni hanya copy-type je...)

an old american Muslim lived on a farm in the mountain of eastern Kentucky with his young grandson. each morning grandpa wakes up early sitting at the kitchen table reading his Quran..

his grandson wanted to be just like him and tried to imitate him i every way he could. one day the grandson asked, "papa, i try to read the Quran just like you but i don't understand it, and what i do understand i forget as soon as i close the book. what good does reading the Quran do?"

the grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, " take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water"

the boy did as he was told but all the water leaked out before he got back to the house. the grandfather laughed and said, " you'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with a basket to try again...

this time the boy ran faster but again the basket was empty before he returned home. out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in basket and he went to get a bucket instead..

the old man said, "I don't want a bucket of water, i want a basket of water. you're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again. at this point, the boy knew it was impossible but he wanted to show to his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. the boy again dipped the basket into the river and run hard but when he reached his grandfather the basket was again empty.

out of breath, he said, " see papa! it's useless..."


"so you think it's useless?" the old man said, "look at the basket."

the boy looked at the basket and for the first time he realized that the basket was different. it has been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out..

"son, that's what happens when you read the Quran. you might not remember and understand everything but when you read it, you will be changed, inside and out. that is the work of Allah in our lives..."

so, konklusinya kat sini sama2lah kita memperbanyakkan bacaan Quran kita.. kalau boleh cuba fahami dan hayati maknanya sekali...
* pesanan untuk semua dan juga diri sendiri yg mudah leka ini....

p/s: kalau korang rajin tengok jugak video kat bawah ni.. best tau.. insyaallah bermanfaat kpd diri kita :)



~dah abis dah~



23 October 2012

story about love...

dgn tangan terketar2nya.... akhirnya... hooray!! berjaya jugak saya mendaratkan tgn kat atas keyboard ni... huwaa.... kalau diikutkan hati nak je saya peluk keyboard ni puas2... maklumlah dah lama tak pegang laptop kan?? kalaulah korang boleh tengok saya menaip sekarang ni, mesti korang akan mengomel2 dlm hati, " ish, apesal lah lambat sgt budak ni menaip! kura2 pun lagi laju lah!!" seriously saya katakan yg saya terasa sgt janggal menaip sekarang ni... ayat ni pun maybe dah tonggang langgang kot... huhu..

okey, rasanya mcm dah panjang sgt je muqaddimah tu... okey, let's begin with our story.. this story is about love... hmmm, not love actually... kasih sayang mungkin lbih tepat... okey ready?? 3.2.1. action!!!

uppss, lupa pulak... cerita ni hanyalah hasil karya insan lain yg dicopy-type untuk dikongsi dgn korang semua...

pada suatu pagi di satu sekolah menengah seorang pelajar brtanya kpd gurunya yg sedang mengajar tntg kasih dan sayang secara am. dialog diantara pelajar dan guru tersebut brbunyi begini:

pelajar: cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sbg org yg paling kita sayang? macam mana pulak kasih sayang tu nak berkekalan?

cikgu: oh, awak nak tau ke? hmm, baiklah, sekarang kamu buat je apa yg saya suruh.. mungkin kamu akan dpt apa jawapannya

pelajar: baiklah,apa yg harus saya buat?

cikgu: kamu pergi ke padang sekolah yg berada di luar sekolah sekarang juga. kamu berjalan di atas rumput di situ sambil mmndg rumput di dpn kamu. pilih yg mana paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. dan kamu petiklah rumput yg paling cantik yg berada di dpn kamu dan bawa balik ke kelas

pelajar: ok, saya pergi sekarang

apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yg berada di tangannya. maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut

cikgu: mana rumput yg cikgu suruh petik?

pelajar: oh tadi saya berjalan di atas rumput smbil memandang rumput yg berada di situ. saya carilah rumput yg paling cantik. memang ada byk tapi cikgu kata petik yg paling cantik tnpa menoleh ke belakang lagi. tapi, smpai di hujung padang, saya tak jumpa pun yg paling cantik. mungkin ada di antara yg di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu ckp tak boleh toleh belakang, jadi tiadalah rumput yg saya dpt petik

cikgu: ya, itulah jawapannya. maknanya, apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yg kita syg, jgnlah kita hndk mencari org yg lebih baik drpd itu. kita patut hrgai org yg berada di dpn kita sebaik2nya.. jgnlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yg telah berlaku tetap dah berlaku, an semoga ia tak lagi berulang. jika kita berselisih faham dgnnya, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan trsbut walaupun byk yg menggugat. dan ingatlah org yg kita syg itulah kita jumpa pling cantik dan paling baik pd mulanya walaupun byk lagi yg lebih cntik dan baik sprti rumput tadi.. kecualilah jika hubungan trsbut tidak boleh dselamatkan lagi maka barulah kita mulakan sekali lagi.. maka sayangilah org di dpn kita dgn tulus dan ikhlas...

so, konklusionnya kat sini, sayangilah dan hargailah ibu bapa atau sahabat atau orang2 yg kita sayangi dgn sebaik mungkin sebelum meraka pergi tinggalkan kita buat selamanya.. waktu tu, mnangis air mata darah sekalipun tak kan berguna...


" Tidak ada seorang pun diantara kalian yang dipandang beriman 
sebelum ia menyayangi saudaranya sesama muslim seperti
ia menyayangi dirinya sendiri"

(riwayat bukhari)