26 November 2012

an apple a day keeps the doctor away :)

 apa kat atas tu??? eh2, ada epal lah.... wah!! sedapnya... yummy!!!

siapa kat sini suka makan apple, angkat laptop tinggi2!! 1, 2, 1000.... fuyoo, banyaknya!! okey2 dah, turun tangan.. hehe, saya pun suka jugak makan apple ni.. dalam banyak2 buah yang ada kat dunia ni, buah apple lah yang paling saya suka...

korang tau tak, buah apple ni banyak khasiatnya... hari ni saya nak share serba sedikit tentang khasiat buah apple ni... sebelum tu, jom kita berkenalan dengan buah apple dulu....

LET'S MEET THE APPLE <3
 nama sebenar atau nama saintifik saya (apple) ialah Malus Domestica.. tapi mungkin disebabkan nama saya terlampau unik sampai terbelit2 lidah korang nak sebut, saya dipanggil 'apple'.. comel kan nama saya? secomel orangnya.. :) ups, silap pulak.. i mean, secomel buahnya...

 ha, korang nak tau tak, saya (apple) ni ada dua jenis atau dua warna... ada epal merah dan epal hijau...


hai korang, selamat berkenalan... saya epal merah...
comel tak saya??


ohaiyo gozaimasu!! saya ni epal hijau...
kalau dah nama pun epal hijau, mestilah saya ni warna hijau... huhu

 dan benda yang paling penting untuk korang tau, saya (apple) ni ada banyak khasiat,, nak tau tak??
-
-
-
 epal mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
 Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.
 fitokimia yang dijumpai dalam epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
 Epal mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.
 Kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal.Sesiapa yang
hendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan .

 Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat.
 Epal Membantu kesihatan membran paru-paru.
 Epal Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
 Epal Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
 Epal mencegah menopause
 Epal dapat menjaga kesihatan gigi
 Epal dapat mencegah batu hempedu
 Epal dapat mengurangi peradangan pada saluran pernafasan
 Epal dapat mengurangi nafsu makan

 tengok! banyakkan khasiat saya (apple) ni.. so, the conclusion is, selalu2 lah makan epal yerk... ups, lupa pulak! sebelum entry ni habis, kredit untuk blog ini dan ini atas informasi 2 yang diberikan...gambar comel2 pulak kat sini.. akhir kata, let's have a healthier live... 





comel jugak apple ni kan?


" an apple a day keeps the doctor away "
hebat kan apple ni....!



~dah abis dah~




6 conteng-conteng:

miszfazierra said...

wah banyaknya khasiat epal ni. dulu selalu jugak makan epal. mak fazie dulu pun pernah cakap yang masa dia mengadungkan fazie dulu dia cuma makan epal dengan soya. hehe :)

Arina Shamsul said...

info yang baik dik :) thanks sharing :)

puteri nur afiqah said...

@miszfazierra
betul2.. hehe :)

puteri nur afiqah said...

@Arina Shamsul
welcome :)

kinara kinatara said...

wah..banyaj jugak khasiat apple..kina pom suka apple.:)

puteri nur afiqah said...

@kinara kinatara
hihi.. samalah kite..