29 November 2012

crying ?

uwaa.... 
kenapa budak ni nangis yerk ? sian dia..

moshi2 semua.. 
kenapa saya taruh tajuk kat atas tu 'cyring' yerk? siap ada tanda soal  lagi tu... mesti korang tertanya2 kan... ala, korang tak tertanya2 ke? hurm.. kalau tak tertanya2 tu, korang buat2 tertanya2 jelah yerk..
okey, abaikan apa yang saya cakap tulis kat atas tu yerk. 

okey, siapa kat sini suka menangis  kalau ada problem tak kisah lah masalah personal ke, masalah keluarga ke, duit seposen hilang ke.. lambai tangan dekat dengan laptop!  eh2 ramainya...  hurm, bukan korang je yang suka menangis bila ada masalah, orang yang menaip entri ni pun suka nangis jugak.. *huhu, kantoi la pulak*..

siapa cakap dalam hidup ni kita tak boleh nangis... kena selalu hepi je ... ish2, salah tu!  kadang2 kita perlu jugak menangis! kalau tak kenapa air mata tu diciptakan... bukankah setiap apa yang telah diciptakan itu ada kegunaan untuk kita semua.. betul tak ? *angkatkening*

"menangislah...
jika itu yang mampu buat hati kita lebih tenang...
kerana Allah kasih pada kita,
Allah ciptakan air mata..."

~kredit to google~

bukan cuma ketawa je ada kelebihan, menangis pun ada kelebihan jugak.. nak tau ? jom tengok...

 KELEBIHAN MENANGI

  Membantu penglihatan

Air mata boleh membantu penglihatan seseorang. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuatkan penglihatan menjadi kabur.

 
 Membunuh bakteria

Tidak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang ada dari dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

 Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis dapat menurunkan tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan meningkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis karena emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna untuk tubuh.


 Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosional mengandungi racun. Tapi jangan tersalah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

 
 Mengurangkan stress

Bagaimana menangis dapat mengurangkan stress? Air mata dapat mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


 Membina ukhwah

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang berukhwah. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawan atau seseorang yang dapat membantu, ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

 
Melegakan perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun Anda dihujani dengan berbagai macam masalah, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega.

#kredit to sini

Tengok.. banyak kelebihan menangis  tau! tapi lepas ni janganlah pulak korang nangis 24 jam sampai mandi tak kenyang, makan tak basah pulak.. kita mestilah seimbangkan antara ketawa  dan menangis barulah hidup kita gembira.. 




~dah abis dah~





2 conteng-conteng:

batrisyia hannah said...

betul2 ! kadang2 dgn menangis dapat membuat hati kita tenang seketika ...

Puteri Afiqah said...

@batrisyia hannah
yup ! betul2 :)