20 November 2012

here in SKTB...

semalam result UPSR diumumkan.. so, saya dan kawan2 lama saya pun datang la kat sekolah kami yang tercinta, SK Taman Bersatu untuk tengok adik2 tahun 6 ambil keputusan diorang... *adik2? terasa diri ni tua la pulak*.. maklumlah, kami kan senior yg baik.. huhu...

kitorang sampai kat sekolah kira2 jam 10:15 pagi.. me and my two other friends (kimah dan intan), kitorang jalan kaki je pergi sekolah dari rumah intan... sampai je kat depan gate sekolah, rasa malu lah pulak nak masuk.. tapi dek kerana rindu dgn sekolah and eager nak tahu dgn result adik2, kami pun menggagahkan kaki kami melangkah masuk ke sekolah...

kat dalam sekolah... kitorang terpaku kejap.. wau! sekolah ni dah banyak berubah... time kitorang tengah jalan nak naik tangga, kitorang jumpa lagi sorang kawan baik merangkap geng kitorang----> auni batrisyia! kitorang pun naik la atas sama2... kalau dah jumpa, apalagi? mestilah nak tangkap2 gambar kan? and korang nak tahu tak lokasi yg kitorang pilih? yeah, tak lain tak bukan, tandas lah... pelik kan?

lepas dah puas terpekik dan terlolong melepas rindu kat dalam tandas tu, kitorang pun masuk dalam dewan.. dalam hati, kitorang merungut 'cis, tak acik betul.. diorang dapat duduk atas kerusi.. time kita haritu, duduk atas lantai je..' ramai jugak ex student yg datang hari tu... so, setelah mendengar ucapan guru besar baru, keputusan pun diumumkan... 5 orang murid berjaya mendapat 5A dan 8 orang pelajar mendapat 4A 1B... walaupun result agak jatuh daripada tahun lepas (tahun UPSR batch saya) tahniah untuk korang semua,.. korang dah buat yg terbaik .. buat yg tak berjaya, it's okay... this is not the end of everything...

lepas dah announce tu, kitorang pun pergi la round2 pusing sekolah... kitorang masuk *menceroboh sebenarnya* kelas lama kitorang---> 6 berlian... huwaa... rindu sangat2... waktu tu, semua kenangan lama menari2 dalam kepala otak ni... lepas dah puas duduk dalam kelas, kitorang pun pergi jumpa cikgu2.. rindu cikgu sangat2...

saya akui, kehidupan kat sekolah rendah jauh lebih best daripada sekolah menengah,.. kat sekolah rendah boleh marah2 orang.. yela, pengawas... haha, nampak sangat kitorang ni salah guna kuasa... kat sekolah rendah boleh main puas2.. free from tension, PBS... huhu...

gonna miss all the moments in SKTB... huhu...

5A dan 4A 1B UPSR 2011...



~dah abis dah~





0 conteng-conteng: