29 November 2012

I want doodle from Bieha

Puteri Nur Afiqah bt Megat Abdul Samat
Princess Diary,
Jalan New Post,
Taman Dashboard,
00000, Blogger,
Perak Darul Ridzuan.

29 November 2012.

    Kehadapan Cik Bieha dan sahabat2 blogger yang dikasihi sekalian.. semoga korang semua sihat sejahtera atau bak kata omputeh 'in the pink of health'  disamping blog2 korang yang comel lagi cun tu..

    Tujuan adinda *ish, adinda? geli la pulak* tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu kepada korang semua bahawa satu segmen 'doodle' telah diadakan Cik Bieha  kita yang cantik manis bak pungguk rindukan bulan.. eh2.. silap peribahasa la pulak.. maksud saya bak bulan dipagari bintang.. hehe.. jangan marah yerk.. saya dengan 'suka dan bercita2' nya ingin memaklumkan bahawa saya nak join segmen ni.. di bawah ni saya tempekkan sekali banner untuk segmen yang comells ni..

    Mesti korang tertarik  nak join segmen ni bila dah tengok banner yang cantikmenariktertarikkaumemangdaboom ni kan? I dah agak dah.. I pun macam uolls jugak.. hehe.. eh2, kenapa tiba2 gedik pulak ni.. ehem2..testing lalalala .. okey, sebelum korang semua join segmen ni, pastikan korang ikut syarat2 ni tau..

  • Follow blog Bieha.
  • Like page Bieha (Hover "hover me" yang dekat atas and like!)
  • Buat satu entry "Segmen "I want doodle from Bieha"
  • Letak banner kat atas tue dan linkkan ke entry ni.
  • Tag seberapa ramai orang yang korang nak dan pastikan mereka tahu *sunat
  • Letak link ENTRY tu dekat comment entry nie SAHAJA (di shoutbox tidak akan diterima)
  • Done~

Pemilihan pemenang berdasarkan:
-Top refferal: 2 pemenang \Ikut citarasa sendiri/
-Entry kreatif (bodek jangan tak bodek): 4 pemenang \Single doodle dengan 2 item tambahan/
-Random: 4 pemenang \Single doodle/
  
    Disebabkan Cik Bieha suruh 'bodek jangan tak bodek' , saya pun nak mulakan sesi membodek saya atau dalam erti kata lainnya.. menggedik..

' Awak2, awak nak tau tak, mula2 saya ingat awak ni dah umur 20 tahun.. sebab blog awak sangat superb.. tapi rupa2nya awak ni 13 tahun.. kiranya, kita ni sebaya la kan? Awak2, nak tau tak first time saya masuk blog awak, saya terkaku.. lepas 1 jam baru saya boleh gerak balik.. serious saya cakap, blog awak memang cantik.. especially doodle kat header tu.. rasa nak cubit sampai lebam je.. Awak2, saya suka sangat dengan dooodle yang comey2.. saya join segmen ni pun sebab saya teringin sangat nak dapat doodle free.. sebabnya, saya ni tak reti nak mendoodle.. tangan ni ha,dah macam kayu balak je.. doodle kat header tu pun curik kat pak cik google yang duduk kat sebelah rumah.. oh ya, akhir kata teruskan mendoodle yerk.. buat doodle yang comel lotte banyak2 tau..huhu.. chaiyok2 !!'

kalau korang rasa nak muntah tu, silakan yerk sebab saya pun rasa nak termuntah ni.. maklumlah, dah terlebih gedik sangat2 ni.. ingat! jangan tiru aksi gedik ni di rumah tau !

yang benar,
Puteri Nur Afiqah

p/s: sorry yerk Bieha kalau entry ni terlebih panjang dan ter'over' gedik sangat.. huhu.. maklumlah, dah lama tak menulis surat kiriman tak rasmi.. 
kepada blogger2 sekalian, join jangan tak join! tarikh tutup --> 16 Disember jam 5.00 pagi<--



~dah abis dah~




0 conteng-conteng: