11 November 2012

last day of being a form 1 student a.k.a kanak2 ribena!!

entry ni patutnya ditaip 2 hari yg lepas tapi memandangkan time tu penat yg teramat sgt dan bdn ni tak habis2 mintak untuk direhat, terpaksalah taip entry tu hari ni..

finally, tamat jugak persekolahan bagi sesi 2012.. seriously, macam2 kenangan manismasammasinpahitpayaukelattawar terkumpul menjadi satu perasaan yang diakronimkan menjadi 'mamamapapaketa' *huh, merapu ape ni*... maklumlah, first year duduk kat sekolah menengah kan..

i-gop tercinta

first impression saat melangkah masuk ke gate sekolah... 'fuyoo, cantiknya sekolah ni'.. tapi bila dah beberapa hari masuk sekolah ni rasa nak lari keluar dari gate sekolah je... dalam kepala otak ni rasa nak lari je ke tengah2 jalan dan nak jerit kuat2...'arghh, nak balik!!' tapi disebabkan saya ni kuat semangat orgnya dan otak ni masih boleh berfungsi dgn baik, takdelah saya buat macamtu... 

selama setahun kat sini, rumah saya ialah dorm------> zamrud 1<----- dorm ni best sangat2.. semua senior, kakak angkat... semuanya baik2 belaka...
zamrud 1!!distance never keeps us far

and the best part of being in the dorm zamrud 1 is dorm kami dpt anugerah dorm terbersih aspuri...seperti yang dah lama saya angan2kan.. hihi... seronoknya... *hish, jgn bangga2 sangat... tak elok!* 

kelas pulak... tadaa.... inilah ahli2 kelas yg terhap'pening' sedunia... kelas 1 kindi...

bagi saya inilah kelas yg paling annoying sgt2... perangainya.... macam2... dengan bisingnya... haiyoo.. boleh pecah kepala.. exam ke, tak exam ke.. gitu jugak lah suasananya.. macam dalam zoo taiping.. ish2... tapi, korang jangan terkejut sebab kalau dapat result, markahnya semua 'gempak2!!' hurmm...walau macammana pun korang, korang mmg best... happy to have all of you as my classmates.. yang paling bestnya, tahun depan kitorang satu kelas lagi... haha... 2 kindi pulak!! memang forever...

yang seksanya jadi form 1 ni, kitorangla batch pertama yg ambik PBS ni.... PBS tu apa?? hmm, macam2 gelaran kitorang bagi kat PBS ni.. tapi yg paling famousnya 'Penyeksaan Budak Sekolah'la...ish2.. tak baik betul la kitrong ni kan... sian kat PBS tu...sebenarnya, PBS tu maksudnya 'Penilaian Berasaskan Sekolah'.. semua orang rasa terseksa sgt dgn PBS ni...dapat kerosakan otak yang berlebihan... maklumlah, tension sgt mengalahkan pm je.. masing2 semua dok mengomel 'haish, kenapalah aku diberanakkan tahun 1999... =-='' tapi, apa boleh buat, life must go on... terimalah hakikat yang PBS tetap untuk kita...

duduk kat asrama ni, saya belajar yang kehidupan seorang pelajar ni bukan hanya untuk belajar.. tapi hidup kat asrama ni adalah tentang kasih sayang, persahabatan... macam2 lagi lah... banyak sangat benda2 baru yang saya dpt belajar sepanjang kat asrama ni...

hurmm... tahun depan dah naik form 2 dah... have to be a little more serious and kena kurangkan jadi kanak2 ribena dah... PBS dah melambai2 dah tu... huhu... tahun depan dapat adik angkat... huhu.. best ke tak yerk??


~dah abis dah~







2 conteng-conteng:

hananhadila said...

haaha :D kalo lah hanan dapat lalui zaman fom1 mule balik .. bestt sangat .. riinnnduu :'(

Puteri Afiqah said...

@hananhadila
huhu...