30 November 2012

our wonderful today !

moshi2 semua!!
saya menaip entry ditemani seekor kucing oren yang menggedik bergolek2 kat sebelah saya.. ish, kucing ni.. sibuk je.. kan dah tak boleh tumpukan perhatian nak taip entry, asyik nak tengok muka comel  kau tu je..

alhamdulillah,  hari ni kita masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara yang merupakan campuran oksigen, nitrogen, karbon dioksida, gas nadir dan bahan2 lain.. (eh2, ni dah masuk bab  mata pelajaran sains tingkatan 1 ni..) alhamdulillah, hari ni kita juga masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ini *bukan muka buku yer* yang indah dan permai.. 



hari ni hari Jumaat kan? korang semua mesti dah tau kan yang hari Jumaat ni ada banyak kelebihan kan? and untuk entri kali ni, saya nak sharekan tentang kelebihan Hari Jumaat ni.. nak tau betapa 'wonderful' nya hari Jumaat ni? jom, tengok kat bawah... 

KELEBIHAN HARI JUMAAT 

berlakunya hari kiamat

Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

nabi Adam diciptakan dan disingkirkan dari syurga

Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

penghulu segala hari

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” 

selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari jumaat

menurut Rasulullah:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

kebaikan dengan memotong kuku

Ibnu Masud berkata,
“Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

makbulnya doa diantara dua khutbah

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

so, pada hari yang mulia ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan kita..  tapi, ingat! bukan cuma hari Jumaat je kena buat amalan banyak2, hari2 lain pun sama jugak...


kredit 
 gambar: sini
 info: sini




~dah abis dah~



2 conteng-conteng:

Nadrah Zulkifly said...

Nak menang shawl, topup, blog edit, doodles, lampu menarik dan pelbagai lagi? Join here!! http://nadrahzulkifly.blogspot.com/2012/11/special-year-end-ga-fy-nad.html

Puteri Afiqah said...

@Nadrah Zulkifly
okey.. ade masa saya join..
thanks :)