24 November 2012

today is hari asyura....

'10 Muharram...'

sedar tak sedar, hari ni dah hari kesepuluh kita berada dalam tahun baru, 1434 hijrah kan? and seperti yang korang sedia maklum, 10 Muharram ni ialah hari Asyura... hari ni, saya nak kongsi sikit tentang Hari Asyura ni... nak tahu? jom baca kat bawah...

 apa itu hari asyura?
hari asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat islam. asyura berasal daripada perkataan arab 'asyara' yang bermaksud sepuluh. ini disebabkan hari asyura adalah hari kesepuluh dalam kalender islam iaitu 10 Muharram..

kejadian besar yang berlaku pada 10 Muharram?
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
perkara yang sunat dilakukan pada hari asyura?
  • Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  • Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  • Memuliakan fakir miskin
  • Menahan marah
  • Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah, tauhid dan akhlaknya)
  • Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  • Bersedekah
  • Memelihara kehormatan diri
  • Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak
  • Membaca Surah Al-Ikhlas hingga akhir seribu kali
  • Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Surah Al- Iklas sebelas kali.
  • Menjamu orang berbuka puasa
hope info yang telah dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan korang semua...
kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa klik link kat bawah ni yer...

----> read me! read me!<----

lastly, renung2kan dan selamat beramal :)



~dah abis dah~




0 conteng-conteng: