11 December 2012

adakah kau lupa ?

moshi2 semua

(26) Tumblr
siapa tau macam mana nak buat origami ni...
dah lupe lah... huhu.. 

siapa kat pernah atau selalu lupa.. cakap hip hip horey sambil buat muka paling comel korang...  okey, okey.. dengar dah..bergema laptop ni... huhu.. ada siapa yang kat sini tak pernah lupa  *winkwink*..kalau korang tak pernah lupa tu maksudnya korang ni mungkin alien dari planet marikh kot ?? huhu.. gurau je.. jangan marah yer...  

okey, tajuk entri kita hari ni ialah.. adakah kau lupa ?... hurm.. nak tau tak ? 'adakah kau lupa' tu kan tajuk satu lagu  yang saya belajar time kat sekolah menengah.. nak dengar ? meh saya nyanyi sikit..

.............................*nyanyi dengan penuh merdu mcm suara kodok memanggil hujan*.........................

dengar dah kan ? amacam ? sedap kan?  penuh lunak dan lemak berkrim... sampai rosak speaker laptop korang.. nak saya nyanyi lagi.. hoho,, esok2 la ye.. karang pengsan  pulak korang kat situ.. 

okey sebenarnya bukan lagu tu yang ingin saya bahaskan di sini..hari ni saya nak cakap tentang memori dan lupa.. teruskan membaca  yerk...

 apa itu memori ?

memori ialah keupayaan otak menyimpan pengalaman atau peristiwa yang lalu dan mengingatinya semula... tak faham ? okey contohlah ayah korang beli phone blackberry.. pastu dia suruh korang semua hafal number tu.. dan nanti bila kita nak call ayah kita, kita akan cuba mengingat semula nombor yang telah disimpan dalam otak korang or we call the process as photosynthesis.. eh bukan2.. recall sebenarnya.. senang cerita memori ialah ingatan kita.. got it ?

 memori ada berapa jenis ?

aik ? memori pun ada jenis2 nya ke? huhu.. mestilah ada.. memori ada 3 jenis..
ingatan sensori  mengekalkan maklumat yang telah disediakan oleh tafsiran pancaindera kita. contohnya ialah pengecaman bunyi
ingatan jangka masa pendek  memanipulasi maklumat yang terhad dalam tempoh masa yang singkat
ingatan jangka masa panjang  meyimpan maklumat untuk kegunaan akan datang

 macam mana boleh lupa ?

apabila maklumat diterima oleh otak, ia akan  diproses. maklumat itu mungkin akan hilang atau disimpan dalam ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang.jika maklumat itu hilang, kita tidak akan dapat me'recall' semula maklumat itu dan maklumat itu akan terus hilang..

credit : majalah ana muslim edisi 75 and translated by google translate and cik puteri 

 nak atasi masalah lupa ?

 makan makanan yang mencergaskan otak. sebagai contoh, makanlah kekacang terutamanya kacang pistachio. kacang ini mnegandungi magnesium, iaitu asid folik yang penting untuk pertumbuhan otak kita di samping protien yang tinggi
 elakkan minum air yang ada semut mati. semut menganduni enzim yang dapatmemberi kesan terhadap sistem saraf otak, terutama sekali saraf pembelajaran dan hafalan. enzim ini dianggap sebagai racun pada semut
 elakkan makan kepala ikan. otak ikan boleh menyebabkan daya ingatan menjadilemah
makanlah makanan yang meningkatkan fungsi ingatan seperti anggur hitam, madu lebah, halia,susu, air zam zam, jus karot bersama madu, epal, kurma, tempe, ikan tuna dan air soya
 elakkan makan organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan lain2
jangan makan berlebihan. makan semasa lapar,  berhenti sebelum kenyang
jangan minum air antara suapan makan atau sebelum selesai makan
 elakkkan sukan yang memberi gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. pergaduhan yang melibatkan pukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa
mengelakkan maksiat kerana maksiat boleh mengotorkan hati dan menyebabkan penyakit lupa
 oksigen amat penting untuk merangsang otak. cara mengawal pernafasan ialah menarik nafas sebanyak tujuh kiraan, tahan nafas sebanyak 14 kiraan. ulang semula terutama ketika letih
 jangan tidur pada waktu petang kerana tidur selepas asar dapat melembapkan otak. kalau hendak tidur, tidurlah selepas waktu zohor seperti yang diamalkan Rasulullah

credit: belajar cara belajar 

hope apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat.. 

smile :) comell~



~dah abis dah~