13 December 2012

air oh air ....

moshi2 semua...


good morning ... wishing you a day full of sunny smiles and happy  thoughts... !

korang semua dah minum air  ? dah ? bagus ! eh~eh, orang lain semua tanya dah makan  ke belum, saya pulak pergi tanya korang dah minum ke belum.. ish, pelik bin hairan bin ajaib bin ?? err.. tak tau la pulak apa nama moyang 'pelik...' tu.. korang tau tak ?

siapa~ siapa yang belum minum air tu, pergi minum cepat  ! kalau boleh, bawak air kat sini jugak.. kasi laptop korang tu minum sikit.. sian  laptop korang tu...

fun fact !!  *fun ke ?*
manusia mampu bertahan tanpa makanan selama 30 hari tetapi dengan kekurangan air selama 3 hari, ia boleh membawa maut !
dush  ! ha, baru kita sedar yang air ni wujud...

hari ni, saya nak sharekan serba sedikit tentang  air masak a.k.a. air mineral a.k.a air kosong a.k.a air suam a.k.a air putih dan sepupu sepapat dan sespesies dengannya.. bak kata classmates saya 'sharing is caring, caring is sweet, sweet is sugar, sugar is ??' pandai pandai la korang sambung sendiri .. 

 Pentingnya air ! 

 Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung befungsi secara berkesan.
 Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia.
 Air baik untuk sendi.
 Manusia memerlukan paling kurang tiga liter air setiap hari.
 Minum air dalam kuantiti yang banyak tidak membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
 Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia.
 Air kosong amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori,gula,atau lemak
 Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan ginjal.

 sumber : I

  Masa yang sesuai untuk kita minum ? 

kalau tidur pun ada masa, minum pun mesti la ada masa kan ? masa yang paling sesuai untuk kita minum air ialah... drum roll please.......
 minum 2 gelas air masak selepas bangun tidur, ianya membantu mengaktifkan organ dalaman
 minum segelas air masak 30 minit sebelum makan, ianya membantu penghadaman
 minum segelas air masak sebelum mandi, ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah
 minum segelas air masak sebelum tidur, ianya dapat mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur

 sumber : Me

 Kelebihan air masak !! 

tengok ? air masak ada masa yang sesuai untuk diminum , air oren ada ? *favourite saya ni.. * walaupun air masak ni tak sodap, tawar, pahit, kelat, payau.. errr... tapi air masak ni ada banyak kelebihan tau tak ? *air~air lain yang ada di dunia ni, sila jangan jelly okey ?*
 Menguruskan badan air masak tidak mempunyai kalori, gula dan juga lemak !! manyak kasiat wo...
 Melancarkan sistem pencernaan air putih dapat menhindarkan dari sembelit dan pembakaran kalori akan berjalan dengan efisien, cepat, takde loading....
 Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser bukan tu je, ia juga dapat mencegah penyakit hati dan ginjal
 Rawatan kecantikan kekurangan air masak menyebabkan tubuh susah nak serap air, sekaligus kulit kita akan menjadi kering dan berkerut.. ha ! *terkedu sambil membelek2 muka masing2 *
 Tubuh lebih sihat dan segar air merupakan zat yang sangat diperlukan tubuh dan ianya merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia *formula mudah : manusia = air*
 Menyihatkan jantung air masak dapat menyembuhkan penyakit jantung
 Ubat kepada penyakit strok air dapat membantu memperkuat kembali otot- otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan

 sumber : Mine

so, kesimpulannya, minumlah air masak banyak2 sebab air masak ni mempunyai banyak khasiat.. 

bangganya saya dipuji hari ni !



~dah abis dah~




6 conteng-conteng:

nanakimie said...

heee....kurang cket minum air ni,kalau bab makan tu laju je:)

Puteri Afiqah said...

@nanakimie
hihi.. lepas ni kena byk2 minum air tau ! :)

Anis Farhana said...

Nice entry . saya sebelum nie jarang makan jarang minum . bahaya bahaya . huhu :)

puteri nur afiqah said...

@Anis Farhana
hehe.. betul2... bahaya !

~didiey~ said...

wah!! byk info menarik kat cnie..best!

kdg2 nak minum air masak punya lah liat.cuba bg air manis & sejuk????laju je..hihi

puteri nur afiqah said...

@~didiey~
hihihi...:)
saya pon same..