03 December 2012

beware of your food !

moshi2 semua..

ekceli, saya baru je lepas habis tengok cerita 'Istanbul Aku Datang'.. korang semua mesti dah tengok, kan, kan ? hihi, saya ni ketinggalan zaman sikit.. by the way, sedih betul cerita tu.. nasib baik tak nangis ... huhu tough tak saya ? *winkwink* 

--> apa kaitan Istanbul Aku Datang dengan Beware of Your Food ?<--

ish, dah tentu lah takde kaitan pun.. yang kat atas tu cuma introduction je..alah, macam lah korang tak biasa dengar saya membebel,  merapu, merepek before start entry... 

hurm, cuti sekolah ni kan, kerja saya asyik makan je ... maklumlah, dah lama tak makan makanan rumah, asyik menghadap makanan DM je kan.. so, tanpa disedari, lemak2 dah mula menginap dalam badan saya ni.. *amboi kau lemak ! sedap2 menumpang dalam badan orang, pastu boleh pulak kau tidur berdengkur yer!  dah la tak mintak izin !* haish, tak abis2 merapu.. dush~ 

ok, seriously saya rasa saya dah bertambah gemuk sekarang ni.. *walaupun hakikatnya orang nampak saya ni tak ubah seperti sebatang lidi...* okey, apa2 jelah.. 

so, hari ni saya nak sharekan tentang apa yang perlu dihadkan dalam makanan kita ... nak tau ? jom tengok..upps.. lupa pulak.. kredit untuk majalah kumtun yer!

 APA YANG PERLU DIHADKAN DALAM MAKANAN KIT

 Hadkan pengambilan lemak
 Amalkan dalam sehari hanya menggunakan dua sudu makan lemak atau minyak tambahan dalam sesuatu sajian makanan kita
 Pilihlah jenis makanan yang betul. lebihkan memakan ikan dan daging ayam, berbanding daging merah atau daging lain. gantikan menu satu sajian makanan jenis kekacang untuk daging, ikan dan ayam selang sehari
 Semasa menyediakan makanan, buangkan lemak daripada daging. Cara memasak iaitu kukus, merebus dan panggang adalah yang terbaik
 Kurangkan makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi seperti sosej, makanan dalam tin, mentega,minyak sapi, makananan bergoreng, makanan yang mengandungi kelapa dan santan, makanan berlemak dan berminyak dalam tin, bahan penghias 'salad' yang dibuat dengan menggunakan minyak dan keluaran tenusu penuh krim
sedapnya sosej tu.. memang la sedap tapi banyak lemak woo.. 
kalau korang rindu sangat ngan sosej tu, klik sini.. tengok la sosej tu puas2... hihi,..

 Semua jenis lemak mengandungi kalori yang sama. lemak dan minyak mengandungi kalori yang padat. hadkan pengambilan lemak tidak lebih daripada 30 peratusjumlah kalori sehari

 Hadkan pengambilan gula
 Elakkan minuman bersirap, minuman bergas, jus manisan dalam tin, minuman kordial dan minuman glukosa. hadkan pengambilan susu pekat manis, kaya, jem dan manisan lebah. kurangkan penambahan gula dalam makanan dan minuman

sugar ??

 Hadkan pengambilan kolesterol
 Jangan makan makanan yang kaya dengan kolesterol kerana ini dapat meningkatkan kolesterol di dalam darah dan menambahkan risiko terjadinya penyakit jantung
 Makanan seperti otak, bahagian kuning telur, buah pinggang, udang, sotong, mentega, ikan bilis dan telur ikan mempunyai kandungan kolesterol yang sangat tinggi

errr.. yang kuning telur tu saya suka sangat makan.. huhu

 Hadkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300 gram sehari. hati manusia diketahui boleh membuat sebahagian besar daripada kolesterol yang diperlukan oleh tubuh kita

 Hadkan pengambilan garam
 Pengambilan garam yang berlebihan selalu dikaitkan dengan darah tinggi.. darah tinggi pula adalah satu faktor risiko yang menyebabkan penyakit jantung

jangan tertipu ! saya garam bukan gula..

 Makanan jenis sos, kicap, tomato dan serbuk perasa mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. kebanyakan makanan kita telah sedia mempunyai garam yang tersembunyi..

so, harap apa yang disharekan ini dapat memberi manfaat kepada saya dan jugak korang semua.... akhir kata, let's live a healthy life ! 
healthy!!


ups, tersesat pulak bear2 ni.. hehe..
terupload~ 



~dah abis dah~



6 conteng-conteng:

deqjamucuxx said...

haha. sebatang lidi ?

istambul aku datang tu sangat best kan. tengok utube jerr..

Puteri Afiqah said...

@deqjamucuxx
hihi.. :)

samelah.. saya pun tengok youtube je..

Hnahdy said...

nak makan apa je ni

neesa_jun said...

hahahaha...macam semua ja xleh makan..tp akak pun tgh diet!worth it!

Puteri Afiqah said...

@Hnahdy
hihi... tak tau la :)

Puteri Afiqah said...

@neesa_jun
hehe.. kan,,kan..
selamat berdiet.. hihi :)