16 December 2012

journey to rumah bandar (part 2)

moshi2 semua..  

entri ini adalah sambungan kepada entri yang ini  kalau nak baca klik  link tu yer..

sesampainya kitorang, apalagi kitorang pun masuk la ke dalam. . masuk masuk je, ada buaian tersergam indah kat tengah2 ... kalau ada buaian, mestilah ada baby nye, ye dokk ? so, kitorang pun menjenguk ke dalam buaian tu.. tiba tiba... au cak!! seorang baby kecil bernama Megat Amirul Asyraf sedang tidur dengan nyenyaknya  di dalam buaian.. he's the new member in my big family.... *adik sedara baru*

sepanjang duduk kat kampung, takde banyak aktiviti yang kitorang buat... Opah saya tak sihat... doakan dia cepat sembuh ye! petang tu, sebelum kitorang balik.. kitorang pergi melawat dusun  kat sebelah rumah.. tapi dusun tu tak macam dusun..ianya lebih macam hutan.. hutan yang banyak buah buahan.. ada rambutan, kelapa , pisang, labu, langsat, kundur.. banyak lagi lah.. cadangnya saya dan kakak2 saya nak masuk dalam hutan tu,, tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan, tak jadilah nampaknya.. baru sekejap je masuk, habis kaki   kitorang berbintat bintat.. agaknya berapa liter darah yang nyamuk berjaya bawak lari yer 

so, kitorang pun mengambil keputusan untuk menggalah rambutan kat depan rumah. . ekceli,bukan kitorang yang menggalah, ayah saya yang menggalah.. kitorang pulak dok menggedik main hujan  kat luar dengan alasan nak kutip rambutan yang jatuh..so, lepas rambutan dah digalah, kitorang pun makan lah... kitorang cuma dapat kutip  rambutan je..*sempat lagi kira*

kitorang bertolak pulang ke rumah pada jam 6.01 petang... time tu hujan lebat .. seriously, saya lebih suka perjalanan waktu petang daripada waktu pagi ..  angin  bertiup sempoi sempoi bahasa menyamankan lagi suasana...  kira kira jam 6:29 petang, kitorang berhenti di petronas seri iskandar.. lepas dah isi minyak, kitorang pon meneruskan perjalanan... kali ini kereta  bergerak laju sangat... mengalahkan formula1.. maklumlah, kereta dah fully charged...

jalan raya masa tu memanglah padat macam ikan sardin dalam tin sardin.. huhu.. dan yang paling tak boleh dilupakan dalam perjalanan ialah kitorang terlanggar  seekor anjing.. sian anjing  tu.. dah lah dah mati terlentang kat tengah jalan tu,lepas tu kitorang langgar lagi.. ish2.. agaknya dah berapa kalilah anjing tu kena langgar... 

kitorang sampai kat rumah pada jam 7:20 malam.. yea! saya berjaya untuk tidak tidur sepanjang perjalanan.. huhu... satu pencapaian yang sangat membanggakan..nak tau macam mana saya boleh tak tidur ? senang je.. saya kira lampu isyarat .. ada  lampu isyarat dari kampung sampai la ke rumah...

disebabkan kelaparan tahap maksima dan ditambah lagi dengan ketiadaan makanan di rumah , akhirnya saya mengambil keputusan untuk terus tidur... huhu.. tidur  dalam kelaparan...


#mimpi dapat makan pizza ... huhu....



~dah abis dah~


0 conteng-conteng: