15 December 2012

journey to rumah bandar (part 1)

moshi2 semua..

first of all saya nak minta maaf  sebab semalam saya tak sempat nak blogwalking ke blog comel2 korang tu.. bukannya apa.. semalam ada urusan yang tak dapat nak dielakkan.. urusan apa ?  meh sini saya cerita...

ekceli, semalam saya, ayah, mak, dan 2 orang kakak saya pergi ke rumah bandar  ?? err... apa itu rumah bandar ? rumah yang terletak di bandar ? rumah yang di dalamnya ada bandar yang besar.. hehe... mestilah salah jawapan tu..ekceli rumah bandar tu kalau ditranslatekan ke dalam BI ia akan menjadi hometown and  kalau ditranslatekan semula ke dalam BM..jadilah ia sebagai kampung... so, formula mudahnya ialah
rumah bandar = hometown = kampung 

ooo.  .baru faham.. hurm.. dah 2 tahun dah kitorang tak balik kampung.. maklumlah, budak sekolah menengah..sibuk dengan homework.. huhu.. kalau boleh balik kampung pon sekejap jelah... 

maka bermulalah perjalanan kami...ehh!! belum lagi lah.. seperti biasa,sebelum memulakan perjalanan, kitorang harus mengeluarkan kucing2 dari rumah  kitorang..sebab kalau biarkan diorang dalam tu.. habislah jadi tongkang pecah rumah kitorang.. tapi,nak keluarkan diorang ni tersangatlah payah..entah kenapa diorang terlebih hyper aktif tahap boboiboy  semalam.. akhirnya, setelah berhempas dan berpulasnya, kitorang berjaya! muahahaha ... *gelak jahat* maka terpancarlah kesedihan  di wajah mimi, cemek, amoi dan otot.. that's my cat.. mesti korang tertanya2 kenapa nama kucing saya tu otot kan ? ekceli, otot is a shortform from a word 'kontot'..

perjalanan bermula kira2 jam 11.10 pagi.. kitorang singgah sekejap di 'Kedai Liya'.. kenapa nama kedai Liya ? sebab pemilik kedai tu namanya Liya .. ayah, mak, dan kakak sulung saya pun masukla ke kedai tu.. sementara saya dan kakak saya yg sorang lagi tu ditinggalkan dalam kereta .. so, kitorang berdua pun menunggu dengan sabarnya sambil bersungut2 ala2 cencurut ... 15 minit kemudian diorang pon sampai.. dan lebih syahdunya  lagi, kaki saya terpaksa dihimpit dengan sepaket beras yang akan dibawa ke kampung...

juadah sepanjang perjalanan...

sepanjang perjalanan, kitorang mengunyap kerepok ikan .. kira2 jam 11:39, saya ternampak pintu masuk Clearwater sanctuary Golf Resort ..  huhu.. teringat pulak masa lawatan tahun 6 kat sana.. rindunya kat resort yang airnya bersih  tu... hoho

setelah melepasi clearwater tu, kitorang ternampak beberapa orang polis..  kami, penumpang seat belakang kelamkelibut mencari tali pinggang.. maka aksi kepura- puraan pun bermula .. kami berpura2 memakai tali pinggang.. bila kami sampai betul2 dekat polis tu, polis tu pun tersenyum dengan mesranya  ..aaa... so sweet..  kalaulah dia tau kami ni berpura2... 

perjalanan diteruskan.. nampaknya kakak2 saya sudah terbongkang tidur  dengan nyenyaknya.. ahhh..ini tak adil .. sementara saya masih lagi mengunyap kerepok lekor... huhu..dan sesekali mata  saya dimasuki batu2 kecil ..pedih mata saya...11:45 pagi..nampaknya mata saya semakin minta untuk ditutup.. saya pun dah rasa pening2  harimau dah..bukan pening2 lalat tau ! bintang2 halimunan berwarna warni  dah mula terpacak atas kepala saya.. *serious saya tak tahan duduk dalam kereta.. mesti rasa pening*... akhirnya keputusan telah dibulatkan.. saya pun join kakak2 saya tidur.. 

lepas tu saya dah tak ingat apa2 sepanjang perjalanan.. sampai je kampung,saya terus keluar dari kereta  tu.. pening  sangat... tak sempat nak tengok jam pukul berapa.. huhu...

nak tau apa yang terjadi kat kampung?  nak tau macammana perjalanan saya balik ke rumah ? 
nantikan sambungan entri ini... 



~dah abis dah~



2 conteng-conteng:

eimuizduaf said...

Wooo~ . Rindu nak makan keropok ikang tew . hohoho . sedap nyeeee -_-"

puteri nur afiqah said...

@eimuizduaf
hihihi :)