10 December 2012

kisah pemadam dan pensil...

moshi2 semua.. 
yeah, second entry for today...

urm, korang kenal tak dengan pemadam dan pensil... ala takkan tak kenal kot.. yang ni...

kenal tak ? kenal tak ? 
kalau tak kenal tu, buat2 kenal je lah.. hihi 

pemadam dan pensil ni sangat2 popular khususnya dikalangan para pelajar yang rajin-rajin belaka macam saya  ni.. *okey, itu bohong* tapi kan korang, saya masih lagi keliru.. mana ejaan pensil sebenarnya ? pensel atau pensil.. ? boleh tolong bagitau tak ?okey, takpe.. lupakan.. 

ekceli, korang nak tau tak, di sebalik pemadam dengan pensil  ni kan, ada satu kisah yang sangat sweet..macam kek ni --> .. nak tau tak ? okey, meh sini saya story mory   kat awak2 semua..

jom ! hayati perbualan pensil dengan pemadam ni... 


 pensil : saya minta maaf

 pemadam: untuk apa? awak takde buat salah pon dengan saya..

 pensil: saya minta maaf.. disebabkan saya, awak cedera. setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untuk membetulkan kesilapan saya.. tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya, awak akan kehilangan sebahagian dari diri awak.. awak menjadi semakin kecil.. 

 pemadam: takpe, saya langsung tak kesah sebab saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat. walaupun satu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang, tapi saya bangga dengan kerja saya. jadi jangan risau.. saya benci tengok awak bersedih..

dialog pendek yang memberi banyak pengajaran buat kita.. by the way, sweet  kan diorang ?


dalam dialog di atas, ibu bapa diibaratkan sebagai pemadam dan kita pula diibaratkan sebagai pensel.. ibu bapa kita sering berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang telah kita lakukan. lambat laun, mereka akan menjadi kecil (tua) dan akan hilang buat selama~lamanya.. (meninggal)

so the conclusion is, hargailah  ibu bapa kita kerana mereka akan sentiasa bersama dengan kita di saat susah ataupun senang.. #note for myself too...

dan lagi satu, kita sebagai manusia hendaklah sentiasa memperbetulkan kesalahan diri kita dan orang lain..  jangan ingat kita cuma boleh menegur seseorang bila kita dah perfect.. no ! itu salah sama sekali.. kalau nak tunggu diri kita ni perfect baru boleh tegur orang, sampai bila2 pun takde sesiapa akan berubah, betul tak ? *angkat kening* manusia ni takde yang perfect, sebab tu lah kita sentiasa perlu ditegur dan dinasihati.. betul tak ? siapa setuju, angkat tangan tinggi~tinggi ! yeah, bagus~bagus ! 

kepada awak~ awak yang comel yang sedang membaca tu, andai saya pernah buat silap kat orang sepanjang saya menulis..  *maybe saya terlebih gediks kot*..jangan lupa tegurlah saya tau ! and kepada kawan sekolah rendah saya yang sedang membaca tu.. *tak nak mention nama awak, nanti awak perasan pulak *.. terima kasih sebab selalu sangat perbetulkan kesilapan saya... arigato gozaimasu ! 

jom jadi pemadam nak tak ?  *winkwink*



~dah abis dah~



2 conteng-conteng:

ain soofiyah said...

omo, sgat sedih ble dkaitkn dgn parents kte..

Puteri Afiqah said...

@ain soofiyah
betul2..