27 December 2012

kita dan warna

moshi2 semua

Kita dan warna

Dunia kita ni cantik kan ? Ada macam macam kaler.. Ada purple, merah, biru, hijau. kuning, hitam.. err.. macam macam lagi la.. kalau nak dilistkan memang takkan habis la..  kalau dulu dunia kita ni cuma ada warna hitam dengan putih je ala-ala P. Ramlee, tapi sekarang dunia kita dah berwarna warni 

Korang semua mesti ada warna kegemaran *dalam bahasa glamernya dipanggil warna favourite* kan ? Kalau korang nak tahu, warna favourite kita ada related dengan keperibadian kita.. Nak tahu sejauh mana kebenarannya ?  Jom tengok !

Pilih yang mana satu warna kegemaran korang...

Jujur taw ! Jangan pulak korang tukar warna favourite korang.. Tak boleh ! Tak boleh ! Okey dah pilih ? Kalau dah, sila scroll down dengan jantung yang berdegup degup macam nak pecah okey !

Result :
Merah:
 Bersemangat dan bertenaga
 Seorang yang optimis
 Tak berasa kecewa apabila mengalami kegagalan
 Akan bermusuhan dengan orang yang menghalang kebahagiaan korang
 Mencari ikhtiar untuk settlekan masalah

Hitam:
 Realistik
 Setiap perkara yang dilakukan ada perancangan
 Takkan melakukan perkara yang berisiko
 Merancang masa depan dan berusaha menuju masa depan
 Anggun dan bercita cita tinggi

Kuning:
 Kreativiti tinggi
 Mengambil berat tentang perkara disekeliling
 Berminat dalam aktiviti sukan
 Berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas
 Hati kesunyian walaupun pandai bersosial

Pink:
 Berharap dapat memberi imej yang anggun pada pandangan orang lain
 Merupakan lelaki kacak dan perempuan cantik
 Suka larikan diri daripada kenyataan
 Tak tahu luahkan isi hati pada orang lain
 Tak mudah terima pendapat orang lain

Hijau:
 Suka akan keamanan
 Takut untuk tinggal berseoragan
 Pandai berkomunikasi 
 Seorang yang permaha pada anggapan orang lain
 Bercita cita tinggi dan berhasrat untuk mencapai impian

Biru:
 Orang yang sangat rasional
 Tak kelam kabut apabila berhadapan dengan masalah
 Dapat atasi masalah dengan baik
 Tak pandai bergaul dengan baik
 Sangat dihormati disebabkan kepercayaan dan keyakinan diri

Purple: *that's me !*
 Merupakan orang seni
 Berfikiran negatif
 Orang lain menganggap korang berkaliber
 Sering menggunakan perasaaan hingga menimbulkan banyak salah faham
 Sering mengulangi kesalahan walaupun telah ditegur oleh orang lain

Coklat:
 Orang yang sangat berhati hati
 Selalu buat penlaian terhadap diri sendiri
 Risau unsur luar akan mengubah diri anda
 Orang lain menganggap anda seorang yang sombong
 Berhati hati dalam perhubungan sesama manusia..

Okey, dah siap ! Apepon, jangan percaya petak petak apa yang ada kat atas ni.. Ada yang sama dan mungkin ada yang tidak.. So, apa warna favourite korang ? Sama tak personaliti korang dengan personaliti kat atas tu  ? Jom share dengan saya..




~dah abis dah~



9 conteng-conteng:

sharmiza shahar said...

suka kuning!! phewitt! hehe

nsyamMie said...

saya suka warna pink tapi byk tak sama pun. saya tak lawa ;'D

Farah Waheda Wahid said...

akak pinky lady... ^_^

ierakiut said...

hehe.. saya segalanya rahsia kehx3 :3

nanakimie said...

purple suka,merah pun suka:)

Puteri Afiqah said...

sharmiza shahar hihi :)
nsyamMie huhu.. memang banyak yang tak sama :) akak cantik ape..
Farah Waheda Wahid hihi :) pink rupanya

Puteri Afiqah said...

ierakiut kih kih.. pon boleh~
nanakimie owh... huhu :)

Balqis Azzahra Shamsul Anuar said...

Saya suka biru.

Puteri Afiqah said...

Balqis Azzahra Shamsul Anuar :)