29 December 2012

Segmen Back to School by Aen Hwaii

moshi2 semua

Hari- hari terakhir menatap dan menaip bersama keyboard.
Huhu..

Wokeyh, hari ni saya dengan semangat berkobra- kobranya *err.. I mean berkobar- kobarnya* nak join 'Segmen Back to School by Aen Hwaii'.. Wohoo, tetiba terbayang pulak sekolah sedanag lambai- lambai tangan kat saya.. Okey, saya tahu awak dah tak sabar nak sambut saya kan ? Huhu.. Dan nampak gayanya ini adalah segmen yerakhir yang akan saya join pada tahun 2012 ni..

nak join ? klik banner kat atas

Kak Aen suruh saya jawab soalan exam ! Wah, excited kemain saya nak jawab soalan ni.. Maklumlah, dah lama tak duduk jarak jarak sambil jawab exam dengan muka tensionnya.. Wakaka.. Padahal bila nak exam muka sayalah yang terlebih cuka sambil memprovok dan memprotes ' Kenapalah ada exam~' And here comes the question for ujian akhir tahun...

 Apakah kenangan lucu kamu mula- mula masuk sekolah ? *ceritakan*
Pada suatu hari yang indah ditemani burung burung yang berkicauan... waktu tu saya baru je menjadi budak form 1.. Selepas pendaftaran, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik rahsia yang diberi nama 'dorm'.. Kat dalam dorm tu, saya nampak ada 8 katil bertingkat.. Saya pulak terpaksala tidur kat katil atas.. Gulrpp..  Telan air liur kejap.. Yeah, seumur hidup saya tak pernah pon panjat katil bertingkat tu.. Saya merengek- rengek tak nak naik kat katil.. Tapi, setelah dipaksa oleh mak saya, saya pon panjat la tangga katil bertingkat tu dengan terketar-ketarnya.. Saya yakin time tu mesti akak- akak dorm saya tengah ketawa terkekek- kekek.. Malunya~ Tapi tu dulu je tau !

 Cikgu paling kamu sayang ?
Okey, nama beliau Pn Noor Anizah bt Zulkarnain.. Beliau ni cikgu matematik time saya sekolah rendah.. Beliau ni seorang cikgu yang sangat baik hati dan friendly.. Seronok berkawan dengan beliau.. Kihkih.. Yang paling bestnya cikgu ni ialah beliau akan ajar kitorang sampai kitorang betul- betul faham.. Walaupun kena ulang beribu- ribu kali..

 Mata pelajaran yang paling kamu suka ?
Hurm.. saya paling suka Matematik ! Kenapa ? Err, sebab saya suka mengira kot.. Padalah kat sekolah rendah dulu nilah matapelajaran yang paling dibenci sebab time exam je mesti ramai yang terkial- kial tak cukup masa nak jawab paper 1 matematik yang 40 soalan tu dalam masa sejam.. Yeah, exam memang kejam !

 Kalau selalu kamu bangun pagi *waktu sekolah* jam berapa ?
Saya selalu bangun pukul 5:45 pagi.. Saya adalah antara orang- orang yang paling lambat bangun.. Huhu

 Apa nama sekolah kamu ? *ceritakan apa yang best dekat sekolah kamu*
Nilah dia sekolah ku yang tercinta.. SBPI Gopeng ataupun nama glamernya I-peng... Ehh.. bukan2.. I-Gop la.. Itulah nama paling sekolah yang paling sedap yang pernah saya dengar.. Apa yang menariknya tentang sekolah ni ? Yeah, sekolah ni cantik.. Err.. Apalagi yerk ? Ha, sekolah ni terletak berhampiran ladang kelapa sawit.. Err.. Lagi ? Kat sekolah ni ada 3 kelas kalau lower form dan upper form pulak ada 7 kelas.. Rumah sukan pulak diberi nama Delima, Zamrud, Mutiara, dan Nilam.. Nama batu tu.. Saya rumah apa ? Jyeaahh.. Saya Zamrudianz (hijau)..

 Azam kamu pada tahun 2013 ?
Saya nak jadi hamba Allah yang baik, anak yang baik, murid yang baik,kawan yang baik dan of course diri yang baik ! Yeah, i'm trying to be a  better person.. InsyaAllah

Dah siap ! Cikgu, bagi saya sertus markah tau ! Hihi.. Ni rasuah ni !

Saya nak tag : Murid Pelajar Mahasiswi

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya pengetua SMK Princess Diary dengan ini merasmikan penglibatan saya dalam 'Segmen Back to School by Aen Hwaii'.. *ada gaya jadi pengetua sekolah tak*



~dah abis dah~