22 December 2012

Short segment : ASD by hanim and fiza

moshi2 semua
Moga semua ceria-ceria sentiasa  ^__^  sepertimana cerianya mentari yang kekal bersinar setiap pagi, tanpa jemu dan gagal melengkapkan tugasan azali..
Disebabkan entry saya dah melayang  ke New York, jadi saya memetakkan keputusan saya untuk join satu segmen yang diberi mana 'Short segment : ASD by hanim and fiza'.. Ha, korang tertanya- tanya tak ASD tu apa ? Tak kira ! Korang kena tertanya-tanya jugak sambil buat muka duckface comel  korang tu ! ASD ? Ape tu? Ayam Sudah Datang ? Ayam Serang Dinasour ?*err...kenapa ayam je ni*  Ish ! Bukanlah ! ASD tu maksudnya Aku Suka Dia.. sweet kan ?

And the most important thing is saya dijemput sendiri oleh Kak Hanim tau.. *hidung dah terkembang kuncup sepanjang 50 cm.. dah terlebih oksigen dah sekarang ni..*


kalau nak join, senyum sesweet gula-gula  dan click banner yang sweet tu..

syarat2 untuk segmen adalah seperti yang terpampang di bawah... 
klik untuk bantuan kanta pembesar ajaib

okey..  Proceed kepada syarat yang ke- 4...

 Dari kerana mata.. Yang mempunyai kuasa..
Oh.. Aku tergoda.. Aku tergoda terkecewa.. 
Lagu tu khas untuk seseorang yang sangat saya admire ni.. Hoho.. Siapakah jejaka misteri tu ? Jom tengok... *Suspen tak?*
-
-
-
-
-
au cak !
-
-
-
-
-
Tulah dia Jejaka Idaman Malaya saya.. Ups, silap kosa kata pulak.. Maksud saya Gadis Idaman Malaya..  Siapa ni ? Adik saya ? Jiran seberang rumah saya ? Mak Cik saya ? Eh, bukanlah ! Dia ni penulis novel  terkenal,  Kak Ain Maisarah..

Ada yang masih pening2 harimau  tentang Kak AinMaisarah ni ? Jom tengok sikit tentang Kak AinMaisarah ni..

~Ain Maisarah~
~Menetap di Kuala Lumpur yang indah permai, tetapi …..sedikit berjerebu~
~Jangan risau, Johor sampai bila-bila tetap dihati~
~Hanya warna merahhitam dan ungu sahaja yang cantik di mata!~
~Rabun jauh, tetapi tetap degil tidak mahu bercermin mata~
~50kg (mmmh….sebenarnya 53.5kg)~
~Pinggang 24cm (mmmh….sebenarnya 27cm)~
~Ketinggian rendah sedikit berbanding KLCC iaitu 167.5cm~

 Disnapshot daripada Blog Kak AinMaisarah.. 
Korang tengok tulisan2 tu.. Dok posing comel2 pulak =_='

Nak tau tak sebab apa saya suka kat Kak Ain Maisarah ? Sebab....
 Gaya penulisan yang sangat lemak berkrim.. Semua cukup rasa.. Tak payah tambah garam dengan gula dah.. Seronok sangat baca novel- novel Kak AinMaisarah yang berunsur gedik- gedik comel ni.. Ayat yang berbunga bungi kat permulaan entri tu pun saya cilok kat Kak Ain punya blog..
 Kak AinMaisarah ni comel sangat.. Senyuman dia tu pun menawan.. Pendek kata, boleh cair lelaki- lelaki tengok wajah Kak Ain yang berseri ibarat bulan purnama ni ! Hey, Kak Ain dah berpunya okey ?.. Yang paling specialnya tentang Kak Ain ni, suara dia tu comel sangat.. Macam kanak- kanak ribena..
 Kak Ain ni sangat- sangat peramah.. especially dengan kanak- kanak riang suka lompat- lompat macam saya ni.. Mana taknye, Kak Ain ni selalu buat perjumpaan dengan pembaca- baca dia.. *masih belum berkesempatan nak pergi.. *

huhu.. Dah terlebih berjela-jela dah ni.. wokey- wokey saya nak tag : 

 tick  tag  toe

lu olang halus joying ini segmen maa.. itu ada manyak hadiah  lu olang boleh menang woo... 
Tak faham ? Pergi cari  pakcik google translate.. Tu pon kalau dia faham la... *ada style jadi orang cina tak ?*



~dah abis dah~



6 conteng-conteng:

Nur hanim said...

Thanks join xD Wow ain maisarah? Hanim pun suka baca buku dia jugak.

Puteri Afiqah said...

@Nur hanim
welcome :) hihi..kite geng !

Adiba™ said...

Good luck ;)

Puteri Afiqah said...

Adiba™ terima kasih :)

Nur hanim said...

http://nurhanim-ehier.blogspot.com/2012/12/update-asd-peserta-dan-sponsor-wajib.html

Update! Peserta dan sponsor perlu baca xD

Puteri Afiqah said...

Nur hanim okey :) thanks