14 December 2012

this is life (part 2)

moshi2 semua.... *eh lupa pulak*... salam jumaat semua !

(8) Tumblr

before reading this entry, let's have a cup of coffee  and smile 

a very good morning to the honorable judges, teachers and friends.. eh~eh, salah skrip sudah.  ..  ehem2.. okey, kepada siapa~ siapa yang tertanya2 kenapa entry ni part 2.. sebenarnya entri ini adalah sambungan kepada entri this is life (part 1)... korang belum baca lagi ?.. atoto.. siannya.. okey, kalau korang nak baca , klik pada link  tu yer!

entri ni tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..

okey ,jom tengok situasi di bawah....
 ala, buat apa nak berdoa ?? kalau apa yang kita doa tu dimakbulkan, takpe jugak..
ini tidak..
 tak payah nak berdoa segala bagai la..buang masa, buang tenaga, buang air liur je..
 setiap masalah kan pasti ada penyelesaian.. kita boleh selesaikan masalah tu sendiri...
 jangan tiru aksi ini di rumah..

ha, siapa pernah buat macam ni ? ngaku cepat ! rasanya maybe takde kot.. blogger2 kita kan baik2 belaka..  kalau pernah terlintas dalam hati sanubari  kita semua.. jom kita buang perasaan macam ni cepat2 ! *note to myself* kalau boleh humbankan dia kat laut china selatan tu.. tak elok ada perasaan macam ni.. boleh berkulat hati kita. .. nanti segala macam mikroorganisma bersarang dalam hati kita.. nak ?

mesti kita pernah terfikir...  'aku ni dah banyak kali berdoa.. tapi tak pernah pun dimakbulkan'.. hurm, sebenarnya ada sebab kenapa doa kita tak dimakbulkan.. nak tau ? jom baca kat bawah ni.. 

Sebab doa tidak dimakbulkan...
 Kita  mengaku mengenal Allah tapi kita tidak menunaikan hak- hak Nya
 Kita berkata bahawa kita cinta kepada Rasulullah tetapi kita tidak mengamalkan sunnahnya
 Kita membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya
 Kita telah menikmati nikmat- nikmat Allah tetapi tidak bersyukur kepadanya
 Kita telah berkata bahawa syaitan itu musuh kita tetapi kita tidak menentangnya
 Kita berkata bahawa syurga itu benar tetapi tidak melakukan amal soleh untuk memasukinya
 Kita berkata bahawa neraka itu benar tetapi kita tidak cuba lari daripadanya
 Kita telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kita masih belum bersedia untuknya
 Kita bangun daripada tidur lalu kita ceritakan segla keaiban manusia tetapi kita lupa keaiban kita
 Kita kebumikan mayat sahabat kita tetapi kita tidak mengambil iktibar

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui '
Al Baqarah : 216

salah satu sebab lain doa kita tidak dimakbulkan adalah kita berdoa dengan sangat tidak bersungguh sungguh..  ada yang doa time memasak.. ada yang berdoa time main bola.. *errr?* okey, takpe2.. jom kita tengok adab adab yang betul semasa berdoa... 

Adab berdoa..
 Ikhlas dalam berdoa dan dalam keadaan berwuduk, bertaubat serta beristighfar kepada Allah
 Mulakan doa dengan memuji Allah
 Mengucapkan selawat ke atas Nabi Muhammad
 Mengangkat tangan ke paras bahu sambil menadah tangan ke langit dalam keadaan merasakan kehinaan diri, kelemahan dan kemiskinan kita di hadapan Allah
 Doa kepada ibu bapa setiap kali berdoa kerana meminta ampun untuk ibu bapa adalah pendorong terkabulnya doa
 Berdoa dengan penuh yakin bahawa doa kita akan diterima
 Bersangka baik, merendah diri, dan khusyuk di hadapanNya, merendahkan suara dan meninggikan harapan kepada Allah
 Tidak jemu dan bosan berdoa
 Berdoa dengan suara yang perlahan serta merendahkan diri, mengakui kesalahan dan dosa2 yang pernah dilakukan
 Mengulangi doa sebanyak 3 kali untuk menunjukkan kesungguhan kita berdoa
 Gunakan bahasa yang jelas dan mudah dalam berdoa. Gunakan doa yang masyhur daripada Al- Quran dan Al- Sunnah, bacaannya pendek tetapi pengertiannya amat luas
 Jangan sesekali merajuk bila doa kita tidak dimakbulkan
 Mengaminkan doa sendiri mahupun doa yang diucapkan oleh orang lain
 Jangan berdoa untuk meminta keburukan, kejahatan, dosa, atau perpecahan dalam masyarakat
 Menutup atau mengakhiri doa dengan selawat kepada Rasulullah dan puji pujian kepada Allah

kredit  here

renung2kan dan selamat termenung.. beramal 

credit : here



~dah abis dah~




6 conteng-conteng:

zaujahafis said...

SALAM KUNJUNGAN....

~didiey~ said...

terima kasih sbb entry nie sgt menarik..insyaALLAH sama2 kita amalkan..jgn sesekali berburuk sangka kepada Allah

puteri nur afiqah said...

@zaujahafis
:)

puteri nur afiqah said...

@~didiey~
sama2:) insyaAllah..
betul2 :)

Reiko Masashi said...

isi yg bermanfaat dan wrna wrni :)

puteri nur afiqah said...

@Reiko Masashi
terima kasih :)