21 December 2012

this is life (part 3)

moshi2 semua and salam Jumaat..

Entri ni tak tersangkut paut dan terkait pun dengan entri part 1 dan part 2 sebelum ni.. Tapi kalau korang nak jugak baca entri tu, klik  sini dan sini...

Perhatian ! Attention please.. Entri ni tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia tau !.. Just a sharing untuk peringatan kita bersama..

Siapa kat sini suka dan teringin nak buat maksiat , angkat tangan tinggi tinggi sambil jerit saya ! saya ! ...... *krik krik*...... Bunyi cengkerik di situ.. Okey, that means yang korang ni semuanya baik2 dan comel2 belaka.. Hurm,, saya yakin sebillion percent bahawa pernah terlintas di hati  kita untuk melakukan maksiat sama ada sedar ataupun tak sedar.. Kan kan ?

Okey, for this entri pada hari Jumaat yang mulia ni, saya nak sharekan 'syarat- syarat untuk melakukan maksiat'..Ha, bukan nak join segmen dengan giveaway je ada syarat, nak buat jahat pun ada syarat tau tak !  Nak tau apa syarat syaratnya ? *winkwink*.. Jom tengok...

 Syarat- syarat untuk melakukan maksiat 

 Jangan makan rezeki Allah
 Cari tempat yang paling sunyi yang tak boleh dilhat oleh Allah
 Jangan tinggal di bumi milik Allah
 Kalau malaikat maut datang kepada kita, cakap 'Jangan ambil nyawa aku!'
 Kalau malaikat Zabaniah nak heret kita ke neraka, cakap 'Aku nak bertaubat !Jangan heret aku !'

See ? Satu pun syarat tu kita tak boleh nak laksanakan.. Bukan cuma tak boleh, tapi memang mustahil.. Betapa Allah melarang kita semua melakukan maksiat..  So, kalau terlintas di hati kita nak melakukan maksiat, fikir- fikirkan syarat-syarat ni dulu..*note to myself*.. Manalah tau, bila kita fikirkan syarat- syarat ni, terbantut pembesaran niat kita untuk melakukan kejahatan. Ups lupa pulak, terima kasih kepada akak- akak naqibah form 3 for the share... 

Sebelum perkataan 'dah abis dah' muncul, saya nak sharekan sesuatu yang mungkin berguna untuk korang...
Jom baca ! 

 Adab beribadat 

 Mengikhlaskan niat hanya kepada Allah. Elakkan daripada berniat kerana hendakkan pujian orang ramai
 Bertaubat kepada Allah. Elakkan perasaan takut kepada makhluklain seperti hantu dan jin
 Bersabar atas ujian Allah. Elakkan daripada menyalahkan takdir dan berburuk sangka
 Malu terhadap Allah. Elakkan daripada berbuat maksiat dan tidak berasa bersalah dalam kejahatan yang dilakukan
 Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah. Elakkan berbangga diri atas sesuatu kejayaan.
 Bertawakkal kepada Allah. Elakkan daripada berikhtiar dan berusaha bersungguh sungguh tanpa berdoa
 Mengngati Allah dalam setiap urusan. Elakkan daripada terlupa mengucapkan syukur kepada Allah

kredit : majalah Gen Q


p/s : tak puas hati tengok ending 'Cinta Itu Milikku' semalam .. hikhik.. 



~dah abis dah~




6 conteng-conteng:

Sally Samsaiman said...

good sharing article dik :)

ain soofiyah said...

stuju2.. kalau nk buat dosa tinggallah d planet slain ciptaan. Allah *mustahil! Kita hidup kerana Allah

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

entry yg baik di hari jumaat..saling mengingati sesama insan :) buat baik berpada2, buat jht jgn sekali. apapun, kita sbg manusia..kena terus perbaiki diri... :)

Salam singgah dr naz...

jemput singgah blog naz ye. : Oh My HR MANAGER...

eimuizduaf said...

Nice dear :D

Aina Safiqa :) said...

article berguna thanks :)

Puteri Afiqah said...

Sally Samsaiman thanks :)
ain soofiyah yup ! betul2 :)
Syarifah Nornazrah Al Yahya betul2 :) manusia kan tak sempurna.. thanks singgah..
eimuizduaf thanks kak :)
Aina Safiqa :) welcome :)