28 December 2012

This is life (part 4)

moshi2 semua dan salam Jumaat..


Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bernafas di pagi Jumaat yang mulia ini... Dah ucap Alhamdulillah ke belum ? Yang dah tu bagus ! Yang belum tu cepat cakap Alhamdulillah sekarang ! Jyeah.. Bagus !

Apa khabar iman korang hari ni ? Hope iman kita pada hari ni dan hari hari seterusnya akan sentiasa sihat dan kuat ! Ada yang imannya masih belum cukup kuat dan sihat ? Okey, semestinya ada.. Iman saya pun masih belum sempurna lagi... So, untuk entri hari ni, saya nak sharekan something yang berguna untuk kita dan jugak iman kita.. Apa tu ? Apa tu ? *loncatloncat dengan perasaan ingin tahu* .. Jom tengok..
35 cara menguatkan iman..
 Bersyukur apabila mendapat nikmat
 Sabar apabila mendapat kesulitan
 Tawakkal apabila mempunyai rancangan
 Ikhlas dalam segala amal perbuatan
 Jangan membiarkan hari larut dalam kesedihan
 Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
 Jangan putus asa apabila menghadapi kesulitan
 Jangan dengki dengan kekayaan orang
 Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
 Jangan sombong jika memperoleh kejayaan
 Jangan tamak kepada harta
 Jangan terlalu bercita cita akan sesuatu kedudukan
 Jangan hancur kerana kezaliman
 Jangan goyah kerana fitnah
 Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
 Jangan campuri harta dengan harta yang haram
 Jangan sakiti ayah atau ibu
 Jangan usir orang yang meminta minta
 Jangan sakiti anak yatim
 Jauhkan diri daripada dosa- dosa besar
 Jangan biasakan diri melakukan dosa- dosa kecil
 Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
 Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
 Lakukan solat dengan iklas di awal waktu berjemaah di masjid
 Biasakan solat malam
 Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
 Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
 Sayangi dan santuni fakir miskin
 Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
 Jangan percaya kepada berita yang tidak elok menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
 Jangan menunda perlaksanaan tugas dan kewajiban
 Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan tidak berlebihan
 Berhati- hatilah dengan setiap ujian , cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
 Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
 Jangan gembira di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan kemiskinan

Fuhh.. Penat menaip.. So, harap apa yang saya sharekan ni dapat memberi manfaat kepada korang dan saya sendiri.. Okey, rasanya setakat ini sahaja dulu ye.. Renung- renungkan ayat dibawah... 

 Kalau seseorang membenci kita, maka ingatlah ada 10 lagi yang sayang.. Oleh itu hargai diri dan kehidupan ini.. Tak perlu bermurung, bersedih dan gundah dengan kebencian manusia.. Kebencian Alllah yang patut kita bimbangi..



32 conteng-conteng:

nuraini sukhor said...

Salam. Wahh nice entry! Jom lah join segment!!

http://cik-rainbow.blogspot.com/2012/12/segmen-back-to-school-by-aen-hwaii.html

eimah siti said...

thanks for sharing...^^

Puteri Afiqah said...

nuraini sukhor thanks :) saya dah join segmen tu..
eimah siti welcome :)

Incik Circle said...

Wah TQ for sharing ye..Banyak tips tu..banyak lah pahala...hee

Episod 5 Blog Budak Bulat dah kuar

Puteri Afiqah said...

Incik Circle welcome :) hee

kak nora said...

selamat tahun baru n selamat berkenalan

s h a said...

Peringatan yang sangat baik.Kena print and letak kt tepi katil ni.Thumbs up untuk puteri. :)

nanakimie said...

terima kasih atas perkongsian:)

AmalinaLee said...

Thanks for share this!

Puteri Afiqah said...

kak nora selamat tahun baru :) selamat berkenalan jugak :)
s h a hihi :) terima kasih :)

Puteri Afiqah said...

nanakimie sama2.. :)
AmalinaLee welcome :)

NUR HAFIZAH said...

entry yg menarik . bagusnyaa . :)


Puteri Afiqah said...

NUR HAFIZAH thanks :)

nea lopah said...

salam..syukur masih bernafas...hingga ke hari ini.
salam perkenalan...polow adik juga. jemput singgah blog akak juga!

Puteri Afiqah said...

nea lopah alhamdulillah :)
salam perkenalan jugak..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

yup.. entri ni sgt bagus.. mekasih. :-)

Nora Karim said...

betul tu... kena sentiasa positif dan dekatkan diri dengan Allah...

Puteri Afiqah said...

Leeza dayasari [santai leeza] sama2 :)
Nora Karim betul2 :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Nice...Thanx for Sharing..^^

Puteri Afiqah said...

LiLy @ MaMaQiStInA welcome (:

Miss Xyz said...

Nice sharing. I learn a lot ^^

Puteri Afiqah said...

Miss Xyz thanks :)

fieda said...

nice entry..

Puteri Afiqah said...

fieda thanks :)

myezatul aQma said...

semoga kita semua berusha kearah yg lebih baik ;)
terima ksih atas info ni ;)

misz sheyla said...

berubah untuk jadi lebih baik..nice sharing

kinara kinatara said...

wah..nce sharing...bagus untuk iman yang senipis kulit bawang ini..huhu

Puteri Afiqah said...

myezatul aQma,misz sheyla &kinara kinatara thanks :)

Nour Adieb said...

entri perkongsian yg sngt berguna. comelnya blog. *wink2. peace :D

Puteri Afiqah said...

Nour Adieb thanks *wink2 :)

AiSyA LiEzA said...

thanks atas ingtan.. kita manusia mmg sllu lalai n akan lupa jika x ada y mngingatkan ^_^

Puteri Afiqah said...

AiSyA LiEzA yeah ! betul tu :) same2~