30 December 2012

yea ! tahun baru dah nak tiba !

moshi2 semua..

Rabu cari Khamis nak tanya nampak tak Jumaat agar ingatkan Sabtu supaya bagitau Ahad supaya tak lupa mesej kat Isnin yang Selasa ni tahun baru !
Err.. Macam awal sangat la pulak nak update pasal tahun baru ni ? Bukannya apa, takut pulak lepas ni tak sempat nak update.. Barang sekolah tu pon belum di'packing' sepenuhnya.. Hoho *masih belum menerima hakikat yang pintu pagar sekolah sudah terbuka luas untuk menyambut saya*.. 

Sedar tak sedar tahun 2012 bakal melabuhkan tirai tak lama lagi.. Semetinya tahun 2012 telah banyak meninggalkan kenangan buat saya.. Bukan sekadar manis dengan pahit je, tapi masam masin kelat payau tawar pon ada tau ! Dan tak lama lagi, tahun 2013 akan bermula ! Ha, tengok tu.. tahun 2013 dah lambai lambai dah kat kita .. Yeah, bukan main eksited dia..

Bila sebut je tahun baru kan, ada satu perkataan yang akan terbayang dalam kotak memori kita.. Apa dia ? Yeah.. AZAM.. Korang kenal tak siapa azam ni ? Dia ni bukannya jiran sebelah rumah  korang dan dia ni bukanlah Pak Cik Azam yang jual ais kacang kat seberang jalan.. Habis, dia ni siapa ? Jangan pening pening, jom kita kenal sikit dengan 'azam'

 Maksud azam menurut kamus dewan bahasa *edisi yang keberapa entah* ialah kemahuan (keinginan, cita-cita) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnnya)
Azam dalam pelbagai bahasa:
Inggeris: intention  Arab: نية  Cina: 意向  India: इरादा
Jepun: 意図  Korea: 의사
Ha, macam macam bahasa kita belajar hari ni, kan ? Pandai tak saya ? *heh, padahal google translate yang pandai*.. Korang tau tak macam mana nak sebut ? Tak tau ? Saya lagi la tak tau.. Huhu..Kalau korang nak tahu, korang pergi tanya kat google translate yer...

Azam saya tahun ni adalah seperti yang berikut:
 Nak jadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ni
Cara: sentiasa memperbaiki diri
 Nak belajar rajin- rajin..
Cara: tak nak tidur dalam kelas time cikgu mengajar. Beri tumpuan sepenuhnya. Jangan buat perkara merapu merepek time prep
 Terima PBS dengan seadanya..
Cara: tak nak dah asyik merungut bersungut macam cencurut pasal PBS ni..
 Nak mengemukkan badan.. Hoho.. Tak nak dah kurus macam lidi dah..
Cara: nak makan banyak- banyak.. hehe.. mesti nak paling kurang pon 2 kg..
 Nak jadi kakak angkat yang baik..
Cara: sentiasa ambil berat pasal adik angkat
 Nak khatamkan Al- Quran at least 2 kali setahun
Cara: sentiasa baca Al- Quran tiap- tiap kali sebelum solat berjemaah kat surau dan khatamkan Al- Quran sekali pada bulan ramadhan
 Nak buat segmen
Cara: buat segmen time cuti sekolah.. Korang join tau nanti.. hehe

Maybe banyak lagi tapi rasanya setakat ni jelah yang boleh saya kongsikan.. Korang semua doakan supaya azam- azam saya ni tercapai..

Lastly, sebelum saya menamatkan entri hari ni, jom kita tengok macam mana cara cara nak membina azam yang betul.. 

Panduan membina azam baru
 Mulakan dengan niat
 Tetapkan matlamat
 Kenal pasti kekuatan dan kelemahan diri
 Tanamkan sifat-sifat positif dalam diri
 Berserah dan bertawakkal

Kredit:  sini

 Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira dan ketawa.. Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata.. Kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu derita untuk mengenal erti bahagia.. Sesekali kita perlu kecewa untuk kita kenal erti kejayaan.. Sesekali kita perlu menangis untuk kita syukuri nikmat yang diberi.. Sesekali kita perlu terhiris untuk kita kenal diri kita sendiri..

 Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..



~dah abis dah~



6 conteng-conteng:

Amanina said...

awal lagi bagus, takut nanti tak sempat ke apa ke kan? hihi
hmm selamat tahun baru afiqah!

dEdEQ dE wIshEs said...

SELAMAT TAUN BARUUUUU .. SEMOGE AZAM 2013 TERCAPAI OK :)

Niqi said...

happy new year puteri :)

aqoustica said...

wah awal2 dh update ye :) jom join http://aqoustica.blogspot.com/2012/12/segmen-terjah-tahun-baru-aisyahhumaira.html

Puteri Afiqah said...

Amanina hihi :) selamat tahun baru jugak kak :)
dEdEQ dE wIshEs thanks.. selamat tahun baru juga.. InsyaAllah, amin~ :)

Puteri Afiqah said...

Niqi thanks :)
aqoustica hihi :) thanks.. ade mase saya join :)