28 January 2013

Ish, jangan sombong !

moshi2 semua...


Yeah, ini adalah entri yang terakhir sebelum saya balik asrama.. Cepat, lambai tangan kat saya sekarang !! Babai !

Siapa kat sini sombong, angkat tangan !! *krik krik*.. Bunyi cengkerik di situ.. That means yang korang semua ni tak sombong.. Alhamdulillah~

Korang kenal tak siapa sombong ni sebenarnya ? Tak kenal ? Hurm, takpe- takpe.. Jangan pening pening dan jangan wujudkan bintang- bintang halimunan tu di kepala korang.. Hari ni kita akan kenal dan beramah mesra dengan Incik Sombong ni...

Apa itu sombong ?
Sombong adalah gejala emosi yang merasa diri lebih daripada orang lain, kerana seseorang itu merasa lebih cantik, lebih kaya, lebih berpangkat dan lain- lain. Kalau sombong itu sudah sampai ke tingkat yang lebih tinggi maka sombong itu akan menjadi takbur..

'.... Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membanggakan diri..'
( Surah An- Nisaa'- ayat 36 )
Tanda tanda orang yang sombong ? 
 Cepat melahirkan rasa marah
 Suka memotong percakapan orang lain
 Suka bertegang leher
 Nampak di mukanya rasa tidak senang jika orang lain lebih daripadanya
 Bercakap meninggikan suara
 Pantang ditegur
 Tidak ada tanda- tanda kesal di atas kesalahan

Panduan Imam Al- Ghazali supaya tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka 
 Jika berjumpa dengan kanak- kanak, anggaplah kanak- kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak- kanak belum banyak melakukan dosa
 Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah berbanding diri kita sendiri
 Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding kita
 Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui
 Jika kita melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin di satu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukan
 Apabila bertemu dengan orang kafir, katakanlah di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampunkan oleh Allah

So, the conclusion is tak payah jadi sombong sebab kita ni pun hanyalah manusia yang jauh daripada sifat kesempurnaan... Ye dok ?

A cup of coffee is given to them:
 Satu
 Dua
 Tiga

Thanks for the info...

nota hati 
' Semulia- mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat..'
Khalifah Abdul Malik Marwan



~dah abis dah~ 



10 conteng-conteng:

Hanida Moss said...

Bagus ni ;)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Moga kita tak tergolong dalam orang² yg sombong..^^

Puteri Afiqah said...

Hanida Moss thanks :)
LiLy @ MaMaQiStInA amin~ :)

c!kon!ech!c said...

good writing keep it up.....chaiyok2

s h a said...

Peringatan yg baik.Da blk asrama da ye.Selamat belajar dear. :)

Nurhayati Morshidi said...

Ingatan untuk diri sendiri lepas terbaca ni tadi... kadang2 benda tu kita buat tanpa sedar... Besar pahala bila kita kongsi ilmu... (^_^)

Puteri Afiqah said...

c!kon!ech!c thanks :)
s h a thanks.. hihi :)

Puteri Afiqah said...

Nurhayati Morshidi huhu.. betul tu :)

EH - Ekslamasi Holistik said...

Tak suka orang sombong...

Puteri Afiqah said...

EH - Ekslamasi Holistik betul2 :)