14 January 2013

Kasih ibu itu percuma !!

Moshi2 semua..

 Ibu... Ibu.. Engkaulah ratu hatiku...
Bila ku berduka... Engkau hiburkan selalu.. 
Siapa kat sini sayang dekat ibu dia, kembang kuncupkan hidung ! Wa, ramainya.. Mengikut pengiraan tambah tolak darab bahagi saya, semua orang kembangkan hidung.. That means semua orang sayangkan ibu kan ? Bagus  Double thumbs up ! Sejuk perut ibu mengandung.. Err.. Bapa pulak ? Yeah, kalau dah sayang ibu, mestilah sayang bapa kan ?

Okay, hari ni saya nak sharekan cerita pasal ibu dan anak.. Kalau korang perasan la, cerita ada dalam iklan tv1 dalam bulan ramadhan.. Perasan tak ? *Err, macam mana nak perasan kalau tak tau apa ceritanya*..Okey, saya tak nak lengah lengah dah.. Jom, dengar saya bercerita .. Err, I mean baca cerita ni...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron lalu menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya...

Kos upah membantu ibu

 Tolong pergi kedai : RM4.00
 Tolong jaga adik: RM4.00
 Tolong buang sampah: RM1.00
 Tolong kemas bilik: RM2.00
 Tolong siram bunga: RM3.00
 Tolong sapu sampah: RM3.00
Jumlah: RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu dibelakang keratas yang sama..
 Kos mengandung kamu selama 9 bulan- Percuma
 Kos berjaga malam kerana menjagamu- percuma
 Kos air mata yang menitis keranamu- percuma
 Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu- percuma
 Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu- percuma
Jumlah keseluruhan nilai kasihku- percuma

Air mata si anak berlinang setelah membacakan apa yang telah ditulis oleh si ibu, Si anak menatap wajah ibu, memeluknya lalu berkata 'Saya sayang ibu'. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya..

Kesimpulannya, terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu.. Jasa mereka tidak akan dapat kita balas sekalipun dengan membayar berjuta- juta ringgi.. Hargailah segala jasa yang telah mereka lakukan...

Ingatlah, syurga di bawah telapak kaki ibu 
# saya di asrama merindui mak, ayah dan semestinya blog ni.. huhu



~dah abis dah~
entri ini dipublish oleh robot atau dalam erti kata lain autopublish



6 conteng-conteng:

Aireyn Ashra ツ said...

Saya sayang ibu saya walaupun garang !! huhu (:

Farah Waheda Wahid said...

kakak pun sayang mama kakak... walaupun dia garang... ^_^

Nasuha said...

mmg tak terbalas jasa ibu mmbsrkn. rm 1 juta pn blm ckp utk bls jasa ibu. tak terkira..

Puteri Afiqah said...

Aireyn Ashra ツ huhu :) bagus2 !
Nasuha yup ! setuju :)

Sherlyanna Angiela said...

saya sokong yang ini... ^^

Puteri Afiqah said...

Sherlyanna Angiela hihi :)