10 February 2013

Awak, nama saya sahabat (:

moshi2 semua..

hai awak, jom kawan dengan saya nak tak ?

fuhhhhhhhhh.... *tiup habuk, sawang, dan segala sarang yang bersarang dalam blog ni*.. uwaa, rindu sungguh dahku pada blog kesayanganku ini.. *puitis nye ayat*.. maklumlah, lama dah tak menghupdate..

sebelum saya mula menaip entri ni tadi, lama jugak saya menjeling kat tempat 'new post' ni sampai tak berkedip- kedip mata .. otak saya pulak ligat berfikir.. 'hurm, nak update ke tak nak ?' lepas berjam- jam memerah otak mencari jawapan bagi persoalan yang ditimbulkan, akhirnya terhasillah entri ni... 

*err.. skemanya ayat saya hari ni...*

okey, back to the topic, hari ni saya nak share sedikit pasal seorang insan yang bernama sahabat .. Perkataan sahabat, kawan, teman, rakan, taulan, buddies dan sepupu sepapat dengannya ni memang familiar sangat khususnya pada budak budak sekolah kan ? kan ? *ish, angguk jela !* tapi adakah sahabat saya, awak dan korang semua ni betul betul sahabat yang sejati  ? jom kita tengok..

 Teman yang paling baik ialah apabila kamu melihat wajahnya,kamu teringat akan Allah, mendengar kata- katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak gerinya mengingatkan kamu kepada mati..


12 Sifat Sahabat
 Jika engkau berbuat bakti kepadanya ia akan melindungimu
 Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
 Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
 Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya ia akan menerima dengan baik
 Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargainya atau menyebut kebaikanmu
 Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
 Jika engkau meminta bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
 Jika engkau berdiam diri kerana malu untuk meminta ia kan menanyakan kesusahanmu
 Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
 Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
 Jika engkau merencakan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
 Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

Sampai sini dulu entri saya hari ni.. Pesanan saya kalau nak pilih sahabat, pilihlah sahabat yang mempunyai ciri- ciri seperti di atas .. Sebelum saya mengakhiri entri saya ni, jom kita renungkan ayat di bawah.. 


 Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan
Sahabat sejati menjadi pendorong impian
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah 

 Persahabatan itu seperti tangan dan mata
Saat tangan terluka, mata akan menangis
Saat mata menangis tangan akan menghapusnya
Dan persahabatan yang sentiasa abadi adalah
persahabatan yang dilingkari dengan indahnya ukhwah islam... 




~dah abis dah~



7 conteng-conteng:

Balqis Azzahra Shamsul Anuar said...

Bagusnya tips ni.

Nurfaezah Abdullah said...

excellent entry :) happy blogwalking, though.

terjah sini juga: http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/

Puteri Afiqah said...

Balqis Azzahra Shamsul Anuar thanks :)
Nurfaezah Abdullah thanks :) hepi blogwalking too ^^

AishaMyra said...

jom jadi sahabat ! :)

Puteri Afiqah said...

AishaMyra jom ! :)

kurosaki ichigo said...

Wah mmg best lah blog awk nie!!! Nk jln2 jap kat sni...nk nengok ape ade lgi hihih! dh follow awk!!! ley follow blik??? http://nekokittybaby.blogspot.com copy paste kat link awk hahahaha!!! *merapu jer aku nie* suke ati awk lah nk follow ker x :D sye x paksa ahahahaha

Puteri Afiqah said...

kurosaki ichigo thanks sudi singgah kat blog yang tak seberapa ni :) dah singgah blog awak.. follow pon dah :)
hepi blogging yerk ^^