14 February 2013

jangan ! jangan ! jangan !!

moshi2 semua..

Tumblr_mg1l9nhser1rj5pqro1_400_large
err... terupload.. takde kaitan pon dengan entri...

Cuti raya cina tinggal lagi 4 hari je.. hurm.. Homework  pun tak siap lagi.. Hurm.. Inilah masalah budak- budak asrama.. Malas nak buat homework.. *Ekceli, bukan masalah budak asrama, tapi masalah saya sorang je.. Huhu...

Back to the topic.. 'Jangan ! Jangan ! Jangan !'... Hurm, korang ada rasa kejutan elektrik  tak bila baca tajuk ni ? Takpon rasa jantung  nak tercabut ke ? Ada tak, ada tak ? *Baik korang angguk cepat sebelum ku hempap dengan laptop ni*.. Krik.. krik... Okey, abaikan ! *saya memang suka membebel tak tentu pasal*

Ekceli hari ni saya nak sharekan tentang 24 perkara yang jangan dilakukan dalam kehidupan kita.. Kenapa  ? Sebab benda- benda ni hanya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita.. Eksited nak tau ? Jom tengok bawah... 

24 Perkara Jangan 
 Jangan sengaja lewatkan solat. Perkara ini tidak disukai oleh Allah
 Jangan masuk ke dalam bilik air tanpa memakai selipar. Dikhuatiri akan terbawa keluar najis
 Jangan makan dan minum di dalam bekas yang sumbing, makruh dan ianya membahayakan
 Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan ia mewarisi kepapaan
 Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal
 Jangan makan tanpa membaca bismillah dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan
 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebaikan, takut nant anda mati dalam perjalanan
 Jangan pakai kasut yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan
 Jangan biar mata liar di dalam perjalanan. nanti hati gelap diselubungi dosa
 Jangan bergaul bebas di tempat kerja
 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana ajal boleh tiba bila- bila masa
 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita yang bersalah
 Jangan mengumpat sesama taulan kerana ia boleh merosakkan silaturrahim
 Jangan lupa hanya bergantung harap kepada Allah dalam setiap kerja.nanti dikhuatiri sombong bila berjaya dan kecewa jika gagal
 Jangan bakhil untuk bersedekah kerana ia memanjangkan umur dan memurahkan rezeki
 Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati
 Jangan berbohong kerana ia ciri orang munafik dan menghilangkan kasih sayang orang terhadap kita
 Jangan menganiaya manusia dan haiwan kerana doa makhlukyang teraniaya cepat dimakbulkan
 Jangan terlalu susah hati dengan kehidupan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah dunia untuk akhirat
 Jangan duduk terlalu lama di dalam bilik air kerana itulah tempat jin kafir dan syaitan
 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin
 Jangan lupa membaca bismillah dan salamketika masukke dalam rumah kerana dikhuatiri syaitan dan jin akan masuk bersama
 Jangan memakai tangkal kerana Allah tidak sempurnakan agama seseorang jika kita memakainya.. dikhuatiri kita bergantung pada tangkal dan tidak kepadanya
 Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan kerana semuanya untuk kebaikan, Allah lebih mengetahui segalanya. Yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang dari hambanya

kredit : here



7 conteng-conteng:

Hanida Moss said...

jadi, marilah kita jangan sama-sama ;)

Balqis Azzahra Shamsul Anuar said...

Saya dah follow awak. Boleh tak saya copy utk blog saya. Baguslah entri awak ni. Nanti saya kredit nama awak.

Farah Waheda Wahid said...

jom jangan2 jangan sama2...

Puteri Afiqah said...

Hanida Moss hihi :)
Balqis Azzahra Shamsul Anuar mestilah boleh.. :)

Puteri Afiqah said...

Farah Waheda Wahid jom ! :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Nice Sharing..TQ puteri..^^

Puteri Afiqah said...

LiLy @ MaMaQiStInAwelcome :)