12 February 2013

sabar itu kan indah !

moshi2 semua :)

bear, cute, girly, iphone

Yeah, akhirnya saya menaip entri.. Hurmm, akhir- akhir ni saya takde idea nak taip entri.. Maybe sebab idea tu menyorok sebab tak tahan dengar bunyi dentam dentum cina sebelah main mercun 24 jam kot.. Ups, lupa pulak.. Selamat Tahun Baru Cina ye bagi cina sebelah rumah saya dan juga seluruh rakyat berbangsa cina.. (ish, ketinggalan zaman betul).. So, selepas otak ni dicampur dan diadun bersama resepi rahsia krabby patty, akhirnya otak saya dah ada idea .. huhu

Sempena tahun baru cina ni, saya dapat cuti seminggu.. aik ? Cina yang raya, Melayu pulak yang cuti lebih- lebih kan ? Hoho, takpelah.. Asalkan saya boleh duduk rumah.. Tapi, cikgu bagi homework  tinggi menggunung- gunung.. Gunung Everest pon kalah.. Fuhhhhhhhh ! (terlepas satu keluhan di situ).. Ish ! Tak baik mengeluh.. Kan lagi elok kalau kita sabar.... 

nota cinta 


 Ukhtiku, disakiti di jalan sabar itu ialah disakiti di jalan Allah. 
Maka teruslah bersabar dan bergembiralah..

 ' Sesungguhnya Allah bersama dengan orang orang yang sabar' (al Anfal : 46)

Kelebihan orang- orang yang bersabar
 Diampunkan dosa untuknya
 Allah merasa malu kepadanya semasa di neraca timbangan dan membuka buku catatannya di akhirat
 Allah ingin mendengar sendiri ucapan hamba yang diujinya ( mukmin tersebut sentiasa memuji kebesaran Allah dengan dia bersabardan tidak mengeluh )
 Dibebaskan daripada seksaan api neraka
 Diberikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya
 Diberikan ganjaran pahala tanpa batas
 Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah
 Mendapat balasan syurga
 Jaminan mendapat pertolongan Allah
 Diberikan Allah sifat penyabar
 Mendapatkan kekuatan daripada Allah
 Mendapatkan cinta Allah
 Mendapat kebaikan di akhirat kelak
 Nilaikan musibah dengan penuh kesabaran
 Termasuk dalam orang yang beruntung dan mendapat kemenangan
 Memperoleh keampunan dan pahala yang besar
 Mendapat selawat, rahmat dan hadiah daripada Allah sebagai bentuk kerelaan dan kecintaanNya terhadap mereka
 Jika anda bersabar atas musibah yang menimpa anda, maka anda akan menyaksikan dosa- dosa yang anda lakukan berguguran bagaikan daun yang berjatuhan di musim gugur

sumber : sini dan sini

 ' Sesungguhnya hanya orang- orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas' (az- Zumar: 10)

Tengok tu, banyak betul kelebihan orang yang bersabar ni kan ? So, kepada orang- orang yang kurang sabar (termasuk diri saya sendiri ni), jom sama- sama kita tingkatkan tahap kesabaran kita ... Macam mana caranya ? Jom tengok..

Cara memupuk sifat sabar
 Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, bak hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa- apa situasi
 Menguatkan jiwa ketika hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan kelebihan orang yang bersabar
 Meminta perlindungan daripada Allah daripada syaitan yang direjam
 Berwudhuk
 Melatih diri melakukan perkara kebaikan dalamapa jua situasi sama ada susah atau senang
 Menyedarkan diri bahawa dunia ini tempat ujian dan kesusahan, bukannya tempat untuk bersenang lenang

kredit : situ dan situ

 ' Allah menyukai orang yang sabar' (ali Imran: 146)


Faham semua ? Bagus.. Lastly, renung- renungkan gambar di bawah  ni


sabar itu indah kan  ?




~dah abis dah~






3 conteng-conteng:

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Nice Sharing..betul...Sabar itu indah..Pahit pd mulanya...manis pd akhirnya..^^

Nora Karim said...

batul tu... bila kita sabar... kita lebih dekat dengan Allah...

Puteri Afiqah said...

LiLy @ MaMaQiStInA thanks :)
Nora Karim betul2 :)