17 February 2013

saya, awak dan kawan :)

moshi2 semua :)

betul2 :)

Cuti raya cina dah habis.. Bunyi mercun pun dah tak kedengaran.. Maknanya tamatlah  episod online + bermalas-malasan + membela lemak dalam perut.. Huhu.. Dan lepas ni, bermulalah episod study sampai pecah otak + merungut bersungut sungut tentang PBS.. Yeah ! I love you so much.. 

Okey, ini bukan entri luahan perasaan  'tak nak balik asrama', tapi ni entri permainan... ini bukan permainan 'running man' *yeah, running man memang best*, tapi ni entri permainan psikometrik..  ingat tak hari tu kita ada main pasal buah- buahan ? *klik untuk pergi ke masa lampau* Ha, game macamtu la..  tapi tajuk kita hari ni ialah 

 Saya, awak dan kawan :)

Dah ready ? Okey, sediakan kertas dan sebatang pensil.. Mechanical pencil are not allowed yer.. Pensel 2B je boleh.. *err.. macam nak jawab exam la pulak*.. Tak perlu sebenarnya...

Pada suatu hari, kamu telah tersesat jalan di dalam hutan. Kamu cuba mencari jalan keluar tetapi gagal. Semasa dalam keadaan yang tidak tentu arah, tiba- tiba seekor arnab muncul. Arnab itu melompat- lompat lalu membawa kamu ke suatu tempat yang sangat indah. Apakah perkara pertama yang kamu ingin lihat di tempat itu ?
 Orang tua yang mesra
 Peniaga yang berniaga di dalam pasar
 Kanak- kanak yang bermain di halaman rumah
 Gadis yang membasuh baju di tepi sungai sambil menyanyi

Okey, dah pilih jawapan ? Pilih elok- elok sebab pilihan korang akan menggambarkan peribadi korang sebagai seorang sahabat ... Jujur yer.. Okey, dah ? Jom tengok jawapan....
-
-
-
-
-
Sekiranya jawapan korang.... 
 Kamu bebas bergaul dengan kawan. Kamu tidak memilih kawan serta tidak secara sengaja mahu bergaul dengan kawan yang kaya. Kamu pentingkan prinsip bergaul secara sukarela

 Kamu berusaha menjadi aktif dalam pergaulan dengan ramai kawan. Kamu dapat ramai kawan yang boleh membantu kamu di mana mana sahaja

 Kamu bertindak secara berseorangan. Tidak mengambil berat tentang pergaulan dengan kawan- kawan. Kamu seorang jaguh yang tidak mahu campur tangan dalam hal orang lain dan sebalikya. Kawan kamu tidak ramai.

 Kamu mementingkan kelebihan dan kebaikan kawan- kawan. Apabila kamu mendapat seorang kawan yang baik, kamuakan cuba rapatkan hubungan dengannya. Jika kamu tidak suka pada kawan itu, kamu tidak mahu tengok mukanya...

Hurm.. sama tak jawapan korang tu dengan diri korang  ? Yeah, ada yang tak sama kan ? Apepon, jangan percaya petak- petak, bulat- bulat atau bujur- bujur dengan jawapan tu tau ... Jangan lupa share jawapan korang kat kotak komen tu yerk....

 
Lastly, sebelum saya menamatkan entri ni, korang doakan saya berjaya yerk.. Saya berazam nak belajar rajin- rajin.. Tak nak malas- malas, tak nak main- main dah.. Saya serious ! Fuhhh .. *big sigh*.... Yeah! Fighting ! Chaiyok !


Biarlah apa orang nak kata.. yang penting saya yakin saya boleh  ! Yeah ! Harap azam ni bukan hangat- hangat tahi kucing.. huhu... Bla nak balik asrama ni.. * semangat berkobra- kobra secara tiba- tiba*

p/s: lepas ni sebulan baru saya balik rumah... tolong jagakan blog ni yerk... 



~dah abis dah~




9 conteng-conteng:

myezatul aQma said...

jwapan A..hehhe
selamat study and do your best.jgn malas2 tau ;)
klu nak rajin, ingt ganjaran yg manis yg bakal kita dpt :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Pilih jawapan B..^^
Selamat kembali berjuang ye..& good Luck..^^

Iyraa Cariyno said...

anda di tag

http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/01/segmen-who-is-lucky-one-by-hanna-kk.html

QasehSuci said...

Selamat berjaya yer...tq dtg singgah blog akk..

kurosaki ichigo said...

A sye jrg dpt kwn yg suke menolong sye...yg ade sye tlg mereka adelah =.=" kwn2 sye slalu sgt mintak tlg sye..."tlg siapkan kerja skolah aku" "tlg hntar surat aku" "tlg teman aku" tlg buatkan blog aku" "tlg buatkan kek utk aku" tlg bli kan baju aku" mcm2 permintaan dorang...haishhhh...menyusahkan tul...

kurosaki ichigo said...

Btw good luck!!! Bila study tue..igtkan Allah SWT :) nnt Allah tlg kmu dlm pelajaran hehe

Puteri Afiqah said...

myezatul aQmayeah! thanks for your advice :)
LiLy @ MaMaQiStInA thanks (:

Puteri Afiqah said...

Iyraa Cariyno thanks tag :)
QasehSuci same2 :)

Puteri Afiqah said...

kurosaki ichigo selalu jugak dpt kawan mcm tu :) sabar je yerk.. mungkin Allah nak hadiahkan kite seorang teman yang sejati :) thanks for the advice ^^