15 February 2013

this is life (part 5)

moshi2 semua dan salam jumaat.. 

Facebook    
*iklan..*

Okey, sesi iklan dah tamat .. Yeah, kembali kita dalam rancangan 'This is life' di TV18... Wah, dah masuk episod 5 dah kita yer .. Dalam episod- episod yang lepas saya ada cerita pasal kenapa manusia diuji, pasal kenapa doa tidak dimakbulkan, pasal syarat melakukan maksiat dan pasal cara menguatkan iman (sila klik pada link kalau nak baca entry sebelumnya) hari ni tajuk kita pasal apa yer ? *Sila berdebarkan diri anda*.. Okey, our entry today is about.....

The Muslim 15 Rules for life 

Ha, bukan cuma sekolah je yang ada peraturan.. Hidup pun ada peraturan tau !
 Kenapa perlu ada peraturan ? Menyusahkan tau tak !

Siapa cakap macamtu ? Ngaku cepat.. Memang pada hakikatnya peraturan tu menyusahkan tapi peraturan tulah yang mendisiplinkan kita.. Cuba bayangkan kalau pokok takde batang , tak jadi pokok la kan ? *err.. perumpamaan apakah ini* sama lah jugak macam peraturan.. kalau takde peraturan, tak jadi manusia lah kita.. Kita akan hidup terumbang ambing macam berjalan di tempat gelap tanpa bantuan lampu suluh  *err*

Nak tau apa peraturan hidup sebagai seorang Islam ? Jom tengok..
 Mulakan setiap hari berterima kasih kepada Allah kerana membangunkan kita dalam keadaan yang baik
 Utamakan Allah dalam hidup kita
 Jika seseorang berkata sesuatu yang menyakitkan hati, biarkan dan doakan supaya Allah akan memaafkan mereka
 Apabila anda marah, ingatlah Allah dan betapa pendek dan tidak bernilainya kehidupan jika dbazirkan dengan kemarahan
 Apabila anda gembira, cuba kongsikan kegembiraan anda dengan orang lan, berterima kasih kepada Allah dan berdoa supaya kegembiraan itu berterusan
 Melakukan kebaikan tambahan sekali sekala seperti memberi makan kepada orang miskin dan membelai kepala anak yatim
 Menghabiskan sedikit masa untuk memikirkan tentang ciptaan Allah yang menakjubkan
 Mencari cara yang benar untuk meluahkan diri anda dan jika anda fikir apa yang anda hendak perkatakan tidak mendatangkan kebaikan, cuba untuk diam
 Berikan rehat kepada diri anda dengan bersukan, meluangkan masa bersama keluarga dan kawan- kawan dan sentiasa ingat Allah sentiasa memerhatikan anda
 Doakan kesejahteraan untuk musuh-musuh anda dan berdoa kepada Allah untuk membimbing mereka ke jalan yang benar
 Peluk ibu bapa anda, cium tangan dan kepala mereka dan sentiasa taat kepada perintah mereka
 Senyum kepada semua orang, senyuman anda mungkin akan membawa perubahan besar kepada mereka dan anda akan diberi ganjaran
 Maafkan, lupakan dan senyum
 Jangan biarkan populariti menguasai anda kerana ia tidak akan kekal dan anda akan rugi daripada untung
 Jangan memandang rendah pada sesiapa kerana mereka mungkin lebih baikdaripada anda pada pandangan Allah

kredit untuk google images atas info... 

 
 Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, pemandu untuk nafsunya
dan menjadi kapten untuk bahtera dirinya
~Saidina Ali~ 



~dah abis dah~



9 conteng-conteng:

Farah Waheda Wahid said...

nice thoughts and nice sharing dear...

Nur Amalina Maisarah said...

Entry yg sangat bagus..nice sharing.. :D

Puteri Afiqah said...

Farah Waheda Wahid, Nur Amalina Maisarahthanks :)

Haryati Faizal said...

good sharing! tq ye...

Puteri Afiqah said...

Haryati Faizal welcome :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Nice Sharing..
Suka dengan kata² Saidina Ali...~

Puteri Afiqah said...

LiLy @ MaMaQiStInA thanks :) saya pon suke <3

PuanGojes said...

insyaAllah, semoga kita sama-sama mengingati peraturan2 ini ;)

*hi puteri ;) salam kenal dan PG da join blog kamu :)

Puteri Afiqah said...

PuanGojes insyaAllah.. salam kenal jugak :) thanks sudi follow ^^