17 March 2013

Manusia = layang- layang

moshi2 semua...


youwill-makeitthrough:

this could possibly be my favourite text photo on tumblr

Tujuan saya menaip entri hari ni bukan untuk merepek atau membebel atau merapu tapi untuk beranafora.. Eh ! Anafora tu kan pengulangan perkataan di awal baris.. Hihi.. silap gaya bahasa la pulak.. Terima kasih nenek gooooogle... Ekceli hari ni saya nak beranalogi..
Analogi ialah kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain berdasarkan ciri- ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu.. *belajar BM pulak kita hari ni..
Analogi saya hari ni ialah tentang manusia.. Apa yang korang faham tentang manusia ? Hmm.. ada 7 huruf dan 4 suku kata.. Yeah ! bagus.. Tapi,korang kenal tak siapa manusia ? Manusia ni adalah orang dan orang ni adalah kite :)

Analogi saya hari ni ialah 'manusia umpama layang- layang' Eh ! Kenapa bukan wau ? Maybe sebab faktor kecomelan layang- layang ni lebih sikit kot daripada wau.. -_-" Okey, lupakan.. Tengok ni..


Apa yang korang nampak ? Seorang manusia sedang bermain layang- layang bersama angin yang menderu dan jugak sebatang pokok.. Yang tu baru yang tersurat.. Yang tersirat pulak ? Meh sini saya terangkan..

Budak comel ibarat nafsu kita.. Kenapa nafsu ? Okey, situasinya begini.. Kalau budak tu pandai main layang, mestilah layang layang tu akan 'selamat' daripada tersangkut pada pokok, right ? Macamtu jugak dengan nafsu.. Nafsu kita kan terbahagi kepada dua (baik dan jahat).. Kalau nafsu kita ni lebih kepada kebaikan, insyaAllah kita akan selamat :)

Layang- layang ibarat diri kita.. Kenapa pulak ? Adakah kita ni petak seperti layang- layang ? Bukan macamtu.. Ekceli, kita ni macam layang- layang sebab kita ni sentiasa terumbang- ambing tanpa tujuan.. Sama la jugak macam layang- layang, sentiasa 'terbang' tanpa tujuan.. Tapi ada satu je benda yang boleh buat 'layang- layang' ni terbang jauh daripada landasan yang sebenar

Tali/ benang Yeah ! the most important thing of layang- layang.. Tali ni sangat penting untuk layang- layang kan ? kan ? Kalau tali ni kuat, insyaAllah layang- layang ni takkan putus. Macamtu la jugak dalam hidup kita, tali ni diumpamakan kebergantungan kita kepada Allah.. Semakin banyak kita bergantung kepada Allah, selagi itulah kita tidak akan tersasar.. Alllah berfirman dalam surah Ar- Ra'd: "Hanya dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang".. Yeah, Allah sentiasa bersama dengan kita.. sweet kan :)

Angin And here comes the last thing.. Angin yang menderu datang tidak menentu.. Lalala... *eh nyanyi pulak.. Dalam hidup seorang layang-layang ni, angin boleh menjadikan layang- layang terbang semakin tinggi ataupun tersangkut pada pokok kan ? Samalah jugak dalam hidup kita ni :) cuba teka angin ni ibarat apa ? Yup! ujian ! Kalau kita ambil ujian ni sebagai sesuatu yang positif, kita akan 'terbang' lebih tinggi.. Tapi kalau kita anggap ujian ni benda yang negatf lagi busuk lagi berkulat, kita akan sentiasa terus berada di takuk yang lama.. Ingat ! Ujian yang Allah beri adalah untuk mematangkan kita dan untuk meningkatkan darjat kita disisinya..


Sekadar coretan untuk saya, awak, dia, mereka dan kita renung bersama....

With love. 
Novelist-to-be.. InsyaAllah...



~dah abis dah~



5 conteng-conteng:

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Nice sharing..renungan kita bersama..
Ujian yang mendatang menjadikan diri kita lebih matang & mendekatkan lagi diri kita kepadaNya...

Yumida Huda said...

wah..nice
sgt mendalam setiap pengertian itu
pandainye awak
cuba menjadi yg terbaik sbg seorang insan
follow here

IntaNBerliaN said...

singgah follow sini :-)

nea lopah said...

singgah sini...tambah sikit n3 adik tu, jangan jadi layang2 terputus talin nya. hilang arah dan pedoman. hehehe

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/