31 May 2013

this is life (part 6)

Moshi2 semua dan salam jumaat :)

Take a breakfast with a cup of love...

Apa khabar iman korang hari ni ? *Iman di dada ! Alhamdulillah !* Bagi yang imannya kurang sihat , demam ke, batuk ke, selesema ke.. pergi bawak kat klinik cepat.. Nanti melarat pulak..


Before korang baca entri ni, apa kata korang baca entri2 kat atas  ni dulu.. Yang dah baca tu, baca lagi sekali.. Manalah tau.. lepas korang baca entri kat atas tu, iman korang boleh jadi sihat sikit dan korang lagi bersemangat untuk baca entri hari ni..

Untuk entri hari ni, saya nak jadi penglipurlara kejap.. Tajuk cerita ni ialah 'Paku-paku di tiang'.. Kenapa ada paku kat tiang tu ? Nak tau .. Jom baca..

A very good morning to the honorable judges, teachers and friends.. Today, I would like to tell a story entitled 'paku- paku di tiang'... *heh.. eksyen kejap*


Beberapa ketika yang silam, ada seorang lelaki yang mempunyai seorang anak bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dariayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain- lain, namun Mat tetap meninggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan pula menjadi kebiasaannya.

Suatu hari, lelaki tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ni, aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ni. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan ku cabut keluar dari tiang ini."

Bapanya berbuat sebagaimana yang dijanjikan, dan setiap hari dia kan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang- kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang benar dia mencabut paku dari tiang tersebut. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang yang berdiri megah kini telah dipenuhi tusukan paku- paku dari atas sampai bawah. Ada yang berkarat dek kerana hujan dan panas.

Setelah melihat keadaan tiang yang bertusukan paku yang menjijikkan pandangan mata, timbul rasa malu dan keinsafan dalam diri Mat kerana selama ini bergelumang dengan dosa dan noda. Maka dia pun berazamlah untuk membaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang.

Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat- sunatnya. Lebih banyak lagi paku dicabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa- sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku- paku itu. Hari demihari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahpun memanggil anaknya dan berkata, "Lihatlah anakku. Ini paku terakhir, dan aku akan cabutnya keluar sekarang. Tidakkah kamu berasa gembira ?"

Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira seperti yang disangkakan oleh bapanya, dia mula menangis teresak- esak.

"Kenapa anakku?" tanya ayahnya.. "Aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku itu telah tiada".

Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku- paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut- parut lubang dari paku itu tetap kekal di tiang bersama dengan karatnya..


Situasi kat atas ni sama jugak dengan hati  kita.. Setiap kali kita melakukan kejahatan, satu titik hitam akan tumbuh di hati kita.. Semakin banyak kita melakukan kejahatan, semakin gelaplah hati kita.. Lama- lama hati kita akan jadi hitam, gelap, berlubang, berkulat, berdaki, dan 'ber' yang sama waktu dengannya.. Ha, kan dah tak cantik dah hati kita.. Kalau luaran je yang cantik, tak guna... Kita kenalah cantik dalaman jugak ! Barulah ohsem ! So, macammana nak putihkan balik hati kita yang gelap tu ? Bertaubatlah  dan mohon ampun pada Allah.. Allah tu Maha Penerima Taubat..

Syarat- syarat taubat
 Berazam dan bertekad untuk meninggalkan perbuatan dosa yang telah dilakukan
 Menyesali dan berduka di dalam hati terhadap dosa yang dibuat
 Bersegera meninggalkan dosa yang telah dibuat semata- mata kerana Allah

Cara- cara bertaubat
 Menyesali besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika dia tidak bertaubat
 Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa ayng dilakukan dan bertekad tidak mengulanginya lagi
 Meninggalkan apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir dan batin lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya
 Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah
Wahai orang- orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan- kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai.
(Surah At- Tahrim: ayat 8)

Lastly, renung- renungkan ayat ini..
 Hiasilah diri dengan bunga- bunga keimanan
Sulamilah hidup dengan daun- daun keikhlasan
Sinarilah wajah dengan cahaya ketaqwaan
Semburilah tingkah laku dengan wangian keISLAMan 



~dah abis dah~



15 conteng-conteng:

Farah Waheda Wahid said...

I love this entry sis... so nice and meaningful and it was elaborated in the most creative way...thumbs up...

Puteri Afiqah said...

Farah Waheda Wahid thanks :)

Sally Samsaiman said...

inspiring :)

ain soofiyah said...

sentap.. ;)

AiSyA LiEzA said...

masih ada parut y mengingtkan pada kisah lama.. >.<

tenku butang said...

yup.. setiap perbuatan buruk akan meninggalkan titik hitam dalam jiwa kita.. sama mcm paku yg telah ditanggalkan dari tiang tersebut.. wlupun sudah ditanggalkan masih tingal kesan berlubang n bkarat pada tiang tu.. huk2.. nice entri yunk.. muhasabah diri sama2..

Balqis Azzahra Shamsul Anuar said...

such a wonderful entry..

Puteri Afiqah said...

Sally Samsaiman alhamdulillah.. thanks :)
ain soofiyah :)
AiSyA LiEzA huhu~ :)

Puteri Afiqah said...

tenku butang betul tu >.< hukhuk.. thanks :) insyaAllah, kita muhasabah same2 :)
Balqis Azzahra Shamsul Anuar alhamdulillah :) thanks ^_^

Yumida Huda said...

nice entri
akan dijadikan peringatan buat diri ini

Puteri Afiqah said...

Yumida Huda :)

BUNDA a.k.a KN said...

assalamualaikum,

bunda singgah hujung minggu...
semoga info yg bermanfaat ini menjadi peringatan utk kita semua..

Puteri Afiqah said...

BUNDA a.k.a KN thanks singgah :) insyaAllah :)

Nana Liena said...

walau kita mampu tinggalkan semuanya yang buruk2..masih ada yg boleh mengingatkan kita pada kisah silam..susah nak lupakan..kalau iman di dada tinggi boleh la terus maju ke depan..kalau nafsu lagi tinggi macam mana tu..huhu.. ^^

Puteri Afiqah said...

Nana Liena betul2.. huhu ^^