29 May 2013

wonderfulnya jari kita :)

moshi2 semua..


Korang semua dah makan nasi lemak + kopi o pagi ni ? Ha, yang belum makan tu, pergi beli nasi lemak kat warung mak cik Bedah kat sebelah rumah korang tu cepat.. Nanti habis pulak.. hee...

Eh eh ! Kenapa hari ni saya tulis pasal nasi lemak ni ? Ekceli entri hari ni berkait dengan nasi lemak.. Bukan nasi lemak, tapi makanan.. Eh ! Bukan jugak pasal makan tapi pasal cara kita makan.. Before I proceed my babbling.. let us read a story...

Once upon a time........*eh ! salah bahasa pulak..ehem..ehem.. ceritanya begini..


Di sebuah restoran mahal.. Seorang gadis bertudung makan seorang diri.. Tiba- tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah.. Seorang gadis dari kumpulan itu berkata, " Gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu.. Ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda menyampuk, "Ish, muka cantik.. Tapi makan sampai licin pinggan.. Malu dowhkalau aku jadi bf dia.. Kalau awek aku makan tak sampai separuh pinggan.. Diet katakan.. Nak jaga badan.." Seorang lagi berkata, " Euww.. tengok tu.. Sampai menjilat jari.. Geli aku.. Pengotor rupanya awek ni.." Kemudian datang seorang lelaki yang tak dikenali ke arah kumpulan remaja itu.. Lelaki itu berkata " Gadis bertudung tu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah, bukan kerana dia gadis kampung.. Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tidak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.. Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah, bukan kerana dia pengotor.."


Dapat point daripada cerita tadi ? Bagus ! So,hari ni saya nak share pasal....  menjilat jari selepas makan.. Nak tau tak.. menjilat jari ni merupakan salah satu daripada sunnah rasulullah.. 
Daripada Kaab bin Malik R.A berkata:

  Aku telah melihat Rasulullah S.A.W sedang makan dengan tiga jari, maka apabila selesai, Rasulullah menjilat jarinya. " 
Maybe certain daripada kita akan cakap.. "Euww, gelinya.. Takde class langsung.." tapi sebenarnya menjilat jarini ada kelebihannya.. Tengok! Setiap yang Allah jadikan itu pasti ada hikmahnya.. Nak tau apa kelebihan jilat jari ni, meh saya bagitau..

Rasulullah bersabda:
  Apabila seseorang daripada kalian makan, maka jilatlah jari- jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada 
Setiap makanan yang kita makan mengandungi barakah.. Tapi kita tak tahu kat mana letaknya barakah tu sama ada kita dah makan ataupun masih terlekat di jari kita.. So, kita kenalah jilat jari kita sebab manalah tau barakah tu ada pada sisa makanan yang terlekat di jari kita..

Setiap jari kita yang comel ni mengandungi enzim dan asid yang boleh membantu menghadam makanan.. Jari kita jugak mempunyai asid dan enzim serta sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan dan menyembuhkan penyakit sembelit.. Hebatkan jari kita ? Tapi, hebat lagi Allah yang mencipta jari kita !

Nak tau tak kenapa kita tak digalakkan untuk mengambil makanan menggunakan tangan ? Sebab makanan akan cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim kat jari kita.. Sebab tu lah kita kena guna sudu..

Macam ni jugaklah proses pencernaan berlaku di perut kita kalau kita mengamalkan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah..

Sabda Rasulullah :
 Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya ia bersama- samaku di dalam syurga.. 
sumber   I      me

So, jom sama- sama kita amalkan sunnah Rasulullah ni.. ! 



~dah abis dah~



5 conteng-conteng:

Farah Waheda Wahid said...

baguslah makan guna tangan kan? dan baguslah makan sampai licin... tak membazir... hu hu hu...

AiSyA LiEzA said...

mmg suka makan guna tgn.. ikutlah sunnah baginda.. kalau bukan kita..siapa lagi :))

tenku butang said...

alhamdulillah.. dapat ilmu lagi.. thanx!

Puteri Afiqah said...

Farah Waheda Wahid betul.betul.betul ! :)
AiSyA LiEzA saya pon suka makan guna tangan jugak.. hee~ betul tu :)

Puteri Afiqah said...

tenku butang welcome :)