09 June 2013

it's time to go :(

moshi2 semua


entri ni bergenre jiwang + sedih.. sila sediakan tisu di sebelah...

Sedar tak sedar, cuti 2 minggu sudah melabuhkan tirainya *siap lambai- lambai lagi tu* .. Sedar tak sedar dah macam-macam entri yang saya update sepanjang cuti ni.. hoho.. And today it's time for me to go..  *Okey, sedih kejap..*

Sepanjang cuti ni, macam macam benda yang saya buat kat rumah.. Sekarang, saya dah tak merungut pasal homework lagi sebab saya berjaya siapkan homework yang bertambun bak gunung everest tu dalam masa 5 hari.. *wah, satu kemajuan yang sangat drastik tu*.. Time cuti ni jugak saya berjaya mengkhatamkan 2 biji.. Err, i mean 2 buah novel... Dan yang paling buat saya happy ialah saya berjaya buat segmen.. Yippie.. Seronoknya~ 

Okey,nampaknya semua lembaran gembira sudah semakin meninggalkan saya.. *siap booking flight nak  pergi paris lagi tu*.. Dan episod sedih duka menangis dah makin melambai ke sini.. huhu 

Sebab- sebab tak nak balik sekolah
 Tak dapat hapdet blog
 Parents, kucing, laptop, rumah dan tidur terpaksa ditingggalkan
 Terpaksa menjalani rutin yang sama setiap hari * prep, berebut shower, iron + 'after'*
 Terpaksa menghadapi kepenatan yang keterlampauan setiap hari
 PBS.. lalalala~
 Tak sanggup nak terima kertas periksa... uwaaaa...

Dan macam- macam lagi *kalau dilistkan semuanya memang takkan habis*.. Okey, nampaknya mulai sekarang saya harus belajar menerima hakikat bahawa sesungguhnya i- gop itu adalah takdir yang Allah dah tetapkan.. I-gop tu dah jatuh cinta  dengan saya so saya pun terpaksalah jatuh cinta dengan I-gop.. *err, boleh pulak begitu*

Err, kepada adik2 atau kakak2 yang masih bersekolah, sila jangan jadikan saya sebagai contoh okey ? Tak baik untuk kesihatan.. Okey, so untuk entri harini, saya nak sharekan kelebihan orang yang berilmu supaya saya sendiri akan lebih bersemangat untuk menjadi orang yang berilmu.. 

Kelebihan orang yang berilmu
 Amalnya diterima oleh Allah
 Menjadi kekasih Allah
 Menjadi pewaris nabi- nabi
 Menjadi hamba Allah yang bertakwa
 Menghampiri darjat nabi- nabi kerana nabi- nabi adalah orang yang berilmu
 Sentiasa sihat tubuh badan
 Dimudahkan rezekinya oleh Allah
 Dipanjangkan umur oleh Allah
 Mendapat 500 darjat
 Mendapat syafaat pada hari kiamat

klik here for more info

Allah berfirman dalam Surah Al- Mujadalah ayat 11
 Wahai orang- orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang daritempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya untuk kamu) Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang -orang yang beriman di antara kamu dan orang- orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha MendalamPengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan 

So, salah satu cara untuk kita mendapat ilmu adalah dengan pergi ke sekolah.. Kat sekolah, kita akan di ajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan.. Tapi sebenarnya kat mana- mana pun kita boleh dapat ilmu.. Dalam kehidupan kita nipun, kita sebenarnya dapat banyak ilmu .. Kita diajar untuk bersabar, redha atas ketentuan Allah dan macam- macam lagi.. Dan kalau kita teliti setiap ciptaan yang Allah jadikan denganmata hati kita, insyaAllah ada 'sesuatu' yang akan kita pelajari.. Sebagai contoh, semut.. Maybe bagi kita semut ni hanyalah haiwan yang kecik, tapi sebenarnya semut ni kecik- kecik cili padi tau.. Kalu nak baca tentang semut, klik sini

Conclusionnya, kepada sesiapa yang malas untuk ke sekolah, jangan malas- malas lagi tau  *note to myself*.. Dan ingat, dalam usaha kita mencari ilmu ni, pastikan ilmu yang kita perolehi itu diberkati.. Dan jangan cuma kejar ilmu dunia je..ilmu akhirat tu lagi penting..  Lastly, renung- renungkan ayat ini..
 Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah.
Tadahlah dengan hati yang merendah kepada Allah.. 

Yeah, puteri ! Ayuh bangkit daripada kegagalan.. Fighting ! 

p/s: will be back pada Awal Ramadhan ini.. Tak sabarnya nak puasa tahun ni...



~dah abis dah~



6 conteng-conteng:

Maria Firdz said...

xpe dik.. perjalanan masih jauh... next time blh wat semua.. moa trus sukses... :)

AiSyA LiEzA said...

welcome back to school.. hw dah siap ke blm nih dik?? :)) hehehhe.. xD ada masa nnti leh blogging balik ^^

Nurul Farahizzati said...

lek.. cool.. wat anjat akak je budak ni.. ingat kan nak gi mana..

Balqis Azzahra Shamsul Anuar said...
This comment has been removed by the author.
Balqis Azzahra Shamsul Anuar said...

semoga berjaya, puteri! saya nak tanya sikit boleh tak? macam mana nak letak icon comel2 dlm post mcm awak tu?

Cahaya Kebaikan ♥ said...

Singgah sini jom!

http://koxtau.blogspot.com/2013/07/2013-giveaway-from-farra-izzaty.html