03 June 2013

jom main game !

moshi2 semua


korang nampak tak tajuk entri hari ni  Yeah ! Hari ni kita nak main game.. Bukan nak main badminton apatah lagi sumo, hari ni kita nak main game ! *okey, pedulikan perangai saya yang annoying ni*.. cuba korang imbas kembali ke masa lampau menggunakan mesin masa doraemon, dalam entri yang ni dan ni *klik pada perkataan 'ni' untuk ke masa lalu* kita pernah main game sama- sama.. Ingat tak ? Okey, hari ni kita nak main game ala- ala gitu la.. 

Warning
Game ni memerlukan ketajaman mata yang amat tajam.. Sila jawab soalan yang diberi dengan jujur .. No cheating- cheating okey ? Soalan adalah berbentuk objektif.. hehe.. Jangan percaya petak- petak dengan result di akhir game ini

Sekiranya sedang bercuti khususnya pada hari minggu, adakah anda tetap akan mengunci jam loceng untuk mengejutkan anda bangun tidur ?
A. Ya
B. Tidak
Jika jawapan anda A: Terus ke soalan bersimbol 
Jika jawapan anda B: Terus ke soalan bersimbol 

 Sebelum anda bercuti, guru mengarahkan anda untuk menyelesaikan satu tugasan. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan tersebut sekembali sahaja anda daripada bercuti nanti
A. Anda akan menyelesaikan tugasan tersebut terlebih dahulu sebelum pulang bercuti
B. Anda tidak mengendahkan arahan tersebut dan mengambil keputusan untuk memikirkannya sekembalinya anda daripada bercuti nanti
Jika jawapan anda A: Terus ke soalan bersimbol 
Jika jawapan anda B: Terus ke soalan bersimbol 

 Malam ini ialah malam isnin. Kebiasaannya pada malam isnin anda akan menonton rancangan anda yang ke udara pada jam 9:30. Malangnya rancangan itu ditunda pada jam 11:30 malam. Anda akan
A. Terus menanti siaran bermula
B. Membatalkan hasrat menonton rancangan
Jika jawapan anda A: Terus ke soalan bersimbol 
Jika jawapan anda B: Terus ke soalan bersimbol 

 Anda lebih senang memilih minuman
A. Panas
B. Sejuk
Jika jawapan anda A: Terus ke soalan bersimbol 
Jika jawapan anda B: Terus ke soalan bersimbol 

 Sekiranya anda ada masa lapang, adakah anda ingin melakukan kerja sambilan bagi mencari pendapatan tambahan ?
A. Ya
B. Tidak
Jika jawapan anda A: Anda dikategorikan sebagai individu yang cool 
Jika jawapan anda B: Terus ke soalan bersimbol 

 Sekiranya ke kelab renang anda lebih gemar
A. Menghabiskan masa untuk berenang
B. Sekadar membaca novel sambil berehat di tepi kolam
Jika jawapan anda A: Terus ke soalan bersimbol 
Jika jawapan anda B: Terus ke soalan bersimbol 

 Rakan-rakan mengajak anda bercuti secara berkumpulan. Anda diberi peluang untuk memilih lokasi. Pilihan anda ialah
A. Bercuti di pulau yang indah
B. Bercuti di kawasam pergunungan
Jika jawapan anda A: Terus ke soalan bersimbol 
Jika jawapan anda B: Terus ke soalan bersimbol 

 Anda lebih gemar
A. Berhubung dengan rakan menerusi internet
B. Berhubung dengan rakan menerusi telefon
Jika jawapan anda A: Terus ke soalan bersimbol 
Jika jawapan anda B: Terus ke soalan bersimbol 

 Cuaca hujan. Anda mengambil keputusan untuk
A. Tidur dan berehat sepenuhnya di rumah
B. Mengemas rumah dengan mengubah susun atur perabot
Jika jawapan anda A: Terus ke soalan bersimbol 
Jika jawapan anda B: Anda dikategorikan individu yang gemar 'berparti' 

 Di pantai, anda gemar
A. Bermain dengan air laut, membaca majalah dan bersantai
B. Memancing dan belajar bermain luncur air
Jika jawapan anda A: Anda dikategorikan individu yang gemar 'berparti' 
Jika jawapan anda B: Anda dikategorikan individu santai 

So, the result is

Cool 
Individu dalam kategori ini dilihat senagai individu yang bijak menggunakan waktu yang ada dengan sebaik mungkin. Sekiranya sedang bercuti, individu ini tidak menggunakan kesempatan yang ada ituuntuk bercuti sepenuhnya, tetapi aktiviti percutiannnya turut diselitkan dengan perkara berfaedah. Ada kalanya dia mebuat orang sekelilingnya keliru kerana walaupun dia sedang bercuti, kesibukannya sama seperti dia sedang bekerja. Segala tugasan atau kerja sekolah akan diselesaikan terlebih dahulu sebelum cuti bermula. Baginya masa itu emas

Santai 
Setiap perkara yang anda lakukan pasti ada kepentingan yang tersendiri. Anda bijak membezakan antara rehat dan belajar. Semasa belajar anda belajar bersungguh- sungguh. Manakala bila bercuti anda bercuti sepenuhnya. Rakan- rakan beranggapan anda seorang yang aktif. Jika bercuti, anda tidak gemar menghabiskan masa di rumah sebaliknya anda gemar menghabiskan di luar

Berparti 
Cuti adalah waktu yang anda nantikan. Ada kalanya, waktu bersekolah anda anggap seperti waktu bercuti. Anda gemar meluangkan masa bersama rakan. Berkenalan itu hobi anda. Anda seorang yang peramah dan disenangi kerana sikap anda yang happy go lucky. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati- hati kerana prestasi pelajaran anda masih di tahap biasa- biasa sahaja. Anda perlu lebih bijak membahagikan masa

Kredit goes to majalah fokus SPM.. So, that's it for today.. Kalau sudi, kongsikan result anda dengan saya, okey.. Jom ramai- ramai join segmen saya okey ? 



~dah abis dah~



8 conteng-conteng:

Anis Farhana said...

Jawapan saya A. hahahaha. cool sangattt :D

Puteri Afiqah said...

Anis Farhana hihi :)

nsyamMie said...

yeay saya cool B-)

AiSyA LiEzA said...

saya punya santai ^_^ hahaha

hana hadi said...

PARTI !!!! JOM :)

Nana Liena said...

tak sangka kita suka berparti..wakkaka..nice game.. :)

Puteri Afiqah said...

nsyamMie hihi :) cool
AiSyA LiEzAwah ! santai~

Puteri Afiqah said...

hana hadi + Nana Liena wehe.. kite sama la :)