28 December 2013

a story of ourself~

moshi2 semua :)


Entah kenapa, hari ni saya takde mood nak membebel bebel panjangpanjang.. huhu.. Maybe mood sekolah dah nak bukak sudah mula merasuk dalam badan saya kot.. So, straight to the point.. Untuk entri hari ni, saya nak ber'analogi' Bagi yang masih blurrblurr blinkblink tentang apa itu analogi, meh sini cek kasi tau..

 Analogi ialah kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain berdasarkan ciri- ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu..
Bagi yang mengikuti perkembangan blog saya sejak dari dulu lagi *cehh, ayat tak boleh bla* mesti korang pernah baca kan tentang entri saya pasal analogi dulu.. *yang belum baca klik  sini* analogi tu saya buat sendiri tau.. *cehh, bangga kejap.. padahal, punyalah merapu*... Tapi, disebabkan idea2 saya semuanya tentang prepare untuk menghadam subjek sejarah tahun depan, so, hari ni saya cilok analogi orang lain tapi menggunakan gaya bahasa sendiri.. Huhu..thanks kepada cik punya analogi ni..


Satu hari yang indah lagi ceria, seorang manusia sedang berjalan- jalan di hutan rimba.. Tiba- tiba...
au cak !

Dia tersempak dengan seekor harimau.. Dia terpaku limaploh saat sambil berkata dalam hati.. 'macam comel je harimau ni'.. Sesudah dia habis terpaku, dia berfikir bahawa dia perlu melarikan diri supaya tidak dimakan oleh harimau itu..

Dia pun lari dan lari dan harimau tu pun tanpa putus asa kejar dan terus kejar.. Akhirnya, manusia tu pun penat.. Ehh, tak hais lagi.. Tiba- tiba.. CINGG! 
'Ini mesti perigi ajaib yang dapat menyelematkan aku daripada sang harimau tu.' monolog manusia dalam hati.. Manusia tu pun masuk ke dalam perigi dengan menggunakan seutas tali.

 Tapi, rupa- rupanya.. Ada kejutan lebih besar menanti di dalam perigi..
Tadaa...
Ada seekor buaya sedang menunggu mangsa di situ.. Hmm, macammana ni.. Kat atas ada harimau.. Kat bawah ada buaya.. Manusia tu pun terus berpegang pada tali tersebut... Tanpa diduga-duga, datanglah dua ekor tikus.. Satu hitam, satu putih.. 

Apa diorang buat ? Yaa, diorang secara perlahan lahan menggigit tali tersebut secara bergilir- gilir.. Kesian betul manusia tadi.. Tiba- tiba *aishh, tiba2 lagi* datang seekor lebah membawa madu.. Dan secara tidak sengaja madu itu tumpah di mulut manusia itu..
Manusia itu terus terlupa dengan situasi panik yang dialami.. Apa yang difikirkan hanyalah lazatnya madu yang menitis di dalam mulutnya.. Sedangkan bahaya yang menanti, langsung tidak difikirkannya..


Ish, cepat betul manusia tadi lupa.. So, analoginya di sini ialah
 Manusia tu diri kita sendiri
 Harimau ibarat malaikat maut yang tidak pernah jemu menjenguk kita setiap hari
 Tali ibarat umur yang dikurniakan Allah
 Tikus hitam dan putih ibarat siang dan malam yang silih berganti
 buaya ibarat munkar dan nakir yang menunggu kita apabila masuknya kita ke alam barzakh
 lebah dan madu ibarat nikmat dunia

So, apa yang cuba disampaikan ialah manusia tidak akan dapat lari daripada hakikat kematian yang pasti.. dan manusia ini begitu mudah tertipu dengan nikmat dunia padahal nikmat dunia terlalu sedikit jika dibandingkan dengan nikmat akhirat..

Lastly, let's take a look at this quote..

 Life is like a yoyo.. No matter up or down, you know that you will always end up in the hands of Almighty Allah 



~dah abis dah~