26 December 2013

lalala... bahagianya~

Moshi2 semua..
hai cik adik, nak ngorat boleh?

Gambar di atas hanyalah hiasan semata- mata ye.. So, yeah.. I'm back here.. Kesiannya blog ni, ditinggalkan selama 6 hari.. Alo bucuk2 tomei2.. Jangan sedih2 yer.. *Err.. abaikan* ...Ekceli, ketiadaan saya selama 6 hari ni di dunia blog ni adalah disebabkan semua idea2 saya pergi bercuti di Jepun *yela, dah nak bukak sekolah* + ke'addicted'tan saya menonton cerita Rooftop Prince.. *aish, entah sejak bila la saya suka tengok cite korea ni.. huhu*

Jadi, disebabkan saya tak nak biarkan segala jenis bakteria dan kuman membiak dalam blog ni.. saya pun gagahkan diri untuk menaip entri ni meskipun otak ni tengah ting tong ting tong sekarang.. *Ehh, kenapa intro saya makin panjang dan merapu2 ni*.. Hmm, so hari ni saya nak taip pasal apa yerk ? *Eh, kenapa pulak saya tanya korang ni*.. Hmm, pasal AZAM ? Oh, tidakkkk ! Masih awal untuk semua itu.. Hmmm... Fikir! Fikir! Fikir! *ala2 jimmy neutron cuma saya versi kepala yang kecik punya*.Ting ! Mentol idea berkelip.. So, hari ni saya nak cakap pasal...

 BAHAGIA 

Apa benda bahagia ni sebenarnya ? Adakah bahagia itu apabila kita dapat bershopping sakan menghabiskan duit di shopping mall ? Adakah bahagia itu apabila kita mendapat result yang cemerlang ? Adakah bahagia itu apabila menjawab soalan2 PBS *dush.. kepala terhantuk kejap* Adakah bahagia itu apabila kita berada dalam hospital bahagia? Adakah.. okey, banyak sangat adakah di situ..

 Menurut kamus dewan bahasa edisi ketiga, bahagia bermaksud suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.. Kebahagiaan dalam islam secara mudahnya ialah memiliki hati yang tenang dalam menhadapi ujian dalam kehidupan... 
Nampak tak perkataan yang saya gariskan tu? Yes, 'hati'.. So, that means kebahagiaan ni bukan datang dari harta, kesenangan (benda2 luaran) tapi dari hati (dalaman)..

'Macammana nak bahagia?' Ha, bagus sesiapa yang bertanya.. triple wow untuk korang.. So, hari ni saya nak sharekan kaedah- kaedah memperoleh bahagia menurut Al-Quran dan  As-sunnah..
 Beriman dan beramal soleh
 Banyak mengingati Allah
 Bersandar/ bergantung kepada Allah
 Sentiasa mencari peluang untuk berbuat baik
 Tidak panjang angan2 tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam
 Melihat kelebihan bukan kekurangan diri
 Jangan mengharapkan ucapan terima kasih dari manusia

kredit goes to  here

Saya harap apa yang saya share ni dapat memberi manfaat untuk diri saya dan korang semua yer.. Lastly, a quote for you..

 Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa
dan adakalanya kita perlu ketawa supaya agar kita tahu mahalnya nilai air mata 



~dah abis dah~



3 conteng-conteng:

Noor Mala Shahar said...

kalau kita dapat membahagiakan orang lain maka kita pu akan merasa bahagia...

Norerysha Shahiera said...

thankssss for the sharing,ceh,Kak puteri pun tgk cerita rooftop prince , heeee .

Puteri Afiqah said...

Noor Mala Shaharyup! betul2 :)
Norerysha Shahiera welcome :) hehe.. tertengok :)