30 December 2013

Last entry :)

moshi2 semua.. 


Alolo, sedih je tengok kucing tu.. huhu.. Cik meow, nampaknya awak memahami perasaan saya yang galau lagi malau ni.. huhu.. Okey, sedar tak sedar hari ni dah 30 haribulan.. Tiket flight dah ditempah.. dan nampaknya 2013 akan terbang jauh, sejauh-jauhnya meninggalkan kita yang masih terpinga-pinga di alam khayalan..

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri China
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Imam Ghazali: Semua jawapan itu adalah benar., tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu .Oleh itu, kita perlu menjaga hari ni, hari esok, dan hari- hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama..
Hmm.. Barang- barang semuanya dah siap dipacking.. Yang tak siap lagi ni ialah membangunkan sang puteri dari tidur yang lena dengan mimpi dan menyedarkan diri bahawa sekolah akan dibuka pada 1 januari.. Haish, Puteri, bangun! Okey, ntah kenapa waktu menaip entri yang ke 180 ni, tangan saya dok ketar- ketar. Nervous dia rasa macam nak jawab soalan SPM..

Bila sebut tahun baru.. Ting! Muncullah azam.. Bila sebut je azam, menyeboklah si tahun baru.. Macam pinang dibelah dua.. So, ni ialah azam saya tahun ni.. Haha, rasa nak gelakgelak golekgolek je.. jom kita recap sikit..


 Dalam list kat atas ni, rasanya 3 je kot yang dah tercapai.. Haha *blushing malu2*.. Azam tahun depan apa yerk ?
 Nak jadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ni..
Same like azam sebelum ni, dan mungkin ini akan jadi azam saya untuk selama-lamanya..
 Strive toward excellent..
Okey, disebabkan next year saya dah form 3, saya tak nak main- main.. PMR, ke, PBSMR ke, saya selaku bahan ujikaji sudah bersedia dengan apa-apa jua kemungkinan.. I will do the best so that my result will be the best.. *abaikan grammatical error*.. And,saya nak try study kat dorm sekejap malam2 before tidur.. *harap bukan angan2 mat jenin*
 Nak khatam Al- Quran at least 2 kali
Okey, disebabkan tahun ni tak berjaya, tahun depan saya akan berusaha bertungkus lumus.. And, I will also try untuk hafal surah- surah Al-Quran and baca tafsir.. InsyaAllah, pray for me..
 Nak update blog selalu kalau cuti..
Jujur saya katakan, tahun ni saya rarely update blog bila cuti pendek.. haha.. Takpe2, let bygones be bygones. Tahun depan saya akan update puas2.. Er, tapi tahun depan kan exam year.. Camne erk?
 Jalankan semua amanah yang diberikan
So, amanah apa pon yang diberi sama ada dalam kepimpinan, homework ataupun tugas2 lain, saya akan cuba jalankan dengan sebaik2nya..

Dahlatu, macam terpanjang sangat pulak. So, lastly saya nak mintak maaf jika sepanjang saya menulis entry2 dari 1 hinggalah yang ke 180 ni, saya ada mengguris perasan blogger2 sekalian, jarang blogwalking.. Saya jugak nak mintak maaf kalau entry saya ni terlebih riang macam kanak2 ribena sehingga membuatkan korang naik pening bila baca entri saya *saya kan budak2 so, entri pon kenalah budak2*.. Mintak maaf jugak kalau entri saya terover dos gedik.. Mintak maaf jugak kalau........ apa2 jelah yang salah.. Thanks for reading this blog yang sangat serba kekurangan.. Pray the best for me..

 Semua orang nak barang2 baru,
tetapi tidak semua orang sanggup berusaha menjadikan imannya sesuatu yang baru..
Baru dalam azamnya, baru dalam amalnya, baru dalam taqwanya... 
Dush, gedebuk ! Okey, kena tepat kat batang hidung sendiri....



~dah abis dah~



4 conteng-conteng:

ikhwan yusuff said...

moga tercapai ya..Btw selamat memasuki alam persekolahan ya..:DD

aTieYusof Family said...

moga tercapai segala azam ya sis..:)

Cik Piano said...

gambatteh!!! >_< semoga berjaya mencapai azam ye.. :)

Norerysha Shahiera said...

yeh . entry yg memberi semangat ;D