13 December 2013

My dad My superhero

moshi2 semua..

Hari ni lahirlah seorang insan istimewa.. Insan ini adalah superhero saya. Yang pasti dia bukan superman, batman dan apapun man-man yang lain.. He is my super DAD ! Happy birthday yang ke 55.. 

Sebahagian besar daripada kita lebih rapat dengan mak daripada ayah kan ? Saya pun sama jugak.. Sahabat Rasulullah pernah bertanya.. Siapakah yang perlu kita dahului ? Rasulullah menjawab 'Ibumu" sebanyak 3 kali.. selepas itu, barulah Rasulullah menjawab 'Ayahmu'. Adakah ini bermaksud kita boleh mengabaikan ayah kita ? Tidak sama sekali.. So, today, saya nak sharekan satu kisah tentang insan bergelar ayah ni..

-----

Seorang anak perempuan bertanya kepada ayahnya 'Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut- merut dan tubuh ayah kian hari kian membongkok?' Ayah menjawab, 'Sebab aku lelaki'. Anak perempuan itu berkata 'Saya tidak mengerti'. Si ayah tersenyum lalu berkata,'Anakku, kau memang belum mnegerti tentang lelaki.'

Kerana rasa ingin tahu, si anak mendapatkan ibunya lalu bertanyakan soalan yang sama. Ibunya menjawab, 'Anakku, jika seorang bapa benar- benar bertanggungjawab terhadap keluarganya itu memang akan demikian'

Si anak membesar dan masih lagi mencari- cari jawapannya. Hingga pada satu malam, si anak bermimpi. Dia mendengar suara yang snagat lembut tetapi jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar jelas itu ternyata satu rangkaian kalimah sebagai jawapan bagi persoalannya..

“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung.”
“Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.”
“Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya”.
“Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya.”
“Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya”.
“Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.
Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.”
“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.”
“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan,bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.”
“Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya.”
“Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.”
Terkejut si anak dari tidurnya dan dia segera berlari, melutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Selepas itu, dia menghampiri ayahnya yang sedang berdoa. Dia menggenggam tangan ayahnya dan menciumnya sambil berkata 'Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.'

-----

Kesimpulannya, hargailah kedua ibu bapa kita kerana banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan.



The most beautiful thing in the world  is to see your parents smiling
 and knowing that you are the reason behind that smile :)




~dah abis dah~



5 conteng-conteng:

aswa leyla said...

hurrrmm . sedeh bile bace ni . buat leyla rindu kat ma n ayah kt kg :')

Puteri Afiqah said...

aswa leyla huhu.. jgn sedih2 ye :)

Miss Xyz said...

well, I realised something now, thanks.

husna zahidi said...

“Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya”.

hargai mereka selagi hayat dikandung badan..

Puteri Afiqah said...

Miss Xyz welcome :)
husna zahidi betul2 :)