12 June 2014

Let's KAIZEN !

moshi2 semua ! Hachummm!! Apesal blog ni berhabuk sangat.....


' Ehh ! Arghh! Macam mane nak mule ni... tak tau nak start dari mane.. Huaaa !', hatiku bermonolong sendiri....

= Terdiam enamploh saat =

Hai semua, Asslamaualaikum.. weee, dah lama kita tak bersua kan ? Mesti korang rindu nak tengok batang hidung saya ni kan ? I know it.. Terima kasih, terima kasih.. *ups, terlebih dos gedik pulak*... Untuk pengetahuan korang, ni adalah post saya yg pertama bagi tahun 2014.. Wah, sungguh daku tidak percaya.. Mesti korang tertanya-tanya kan ke mana tuan puteri ni menghilang sepanjang 6 bulan ni kan ? Ekceli, saya tak hilang pergi memana pon, wujud je kat bumi Malaysia yang indah ni.. cuma otak saya je yang menghilang naik flight pergi london.. tu pasai takda idea nak update blog ni..

Bila dah lama tak menaip, tu yang jadi kekok ni.. Kelajuan menaip saya berjaya dikalahkan oleh sang siput sebab idea saya ni kejap ade kejap takde..Yeah, be strong Puteri, Fighting ! Ehh, panjang pulak saya membebel, dah masuk dua perenggan dah.. huhu.. 

Pada bulan lepas, saya dan 91 orang rakan tingkatan 3 telah menghadiri sebuah kem jati diri. *ehh, skema pulak ayat ni..* So, hari ni saya mak sharekan sedikit point yang saya dapat setelah menghadiri kem ni..


KAIZEN !

Err, menatang ape tu.. Mesti korang terbayangkan kaizen ni macam power rangers, ultraman, batman, spiderman, cicakman, tikusman dan yang sewaktu dengannya kan ? Yeah, tepat sekali ! 

tadaa !

Eh, salah la.. Jangan la percaya pulak.. Meh sini saya terangkan apa itu kaizen...
Kaizen ni sebenarnya satu perkataan jepun yang kalau korang translatekan dalam bahasa omputeh, ia akan menjadi 'change to be better'

 Kaizen = hijrah 
Yup ! kaizen itu hijrah.. Kalau kita nak kaizen, ada dua cara...
 Change the process
Yeah ! ubah proses dan cara kita.. Contohnya, kalau selama ni result exam kita tak berapa nak flying colours sangat, maybe cara study kita salah.. So, change the process..
 Change the people
Maaf yer, saya tak berapa nak ingat pasal point ni.. Maybe maksudnya change orang2 yang ada di sekeliling kita ataupun ubah diri sendiri.. Err, ye ke ? Takpe2, nanti InsyaAllah saya tanye kawan2 yang lain yer..

Tapi ingat ! Kaizen ni change to be better tau, bukan change to be butter dan bukan jugak chnage to be badder... (badder tu maksudnya lebih teruk.. huhu, english broken.. )

Lastly, before saya meletakkan noktah yang terakhir dalam entri ini, saya nak sharekan sedikit tips untuk berhijrah..

Tips penghijrahan diri
 Niat
Niat berhijrah mesti kerana Allah.. bukan nak menunjuk pada manusia yang "aku baik, aku baik"

 Tetapkan matlamat
Matlamat utama yang pasti adalah untuk mendapat keredhaan Allah.. dan matlamat yang lain2 korang boleh tetapkan sendiri..tapi, pastikan matlamat realistik dan mudah dicapai.. bak kata kamus peribahasa 'ukur baju di badan sendiri'

 Buang persepsi yang salah
Buang persepsi bahawa hanya orang yang terpilih sahaja boleh berubah.. Buang persepsi bahawa orang tertentu sahaja boleh rasai kemanisan iman.. Campak jauh2 persepsi tu.. Always think positive..

 Banyakkan membaca dan mendengar kisah orang yang berjaya
Bila kita baca dan dengar kisah tentang orang yang berjaya, insyaAllah hati kita akan terdorong untuk jadi macam diorang..

 Pedulikan kata orang lain
Ye, bila nak hijrah memang banyak cabaran yang kita akan tempuh.. Antaranya ialah kita pasti akan dicaci oleh orang lain.. 'Eleh, bajet baik konon' Ingat! kita berubah kerana Allah, bukan kerana mereka yang berkata-kata tu.. Pedulikan kata orang yang ingin merendah-rendahkan kita yang nak berhijrah ni.. Be tough and strong!

 Berdoa
Yes, the most important thing.. Banyakkan berdoa supaya Allah beri kita taufik dan hidayah dan berdoa juga agar kita diberi hati yang kuat untuk terus istiqamah berubah..

credit : here


Lastly, renung2 kan ayat di bawah.. Semoga perkongsian serba kekurangan ni dapat beri manfaat untuk korang..

 We cannot change the past to rewrite a better beginning..
but we can work for the future and strive for a better ending 
Dear readers yang baik hati, saya dan kawan2 se-batch saya betul2 nak kaizen.. Jadi, tolong doakan kami yer.. Doakan kejayaan kami dalam PT3 tahun ni.. May Allah bless your kindness...

P/s : Kawan saya baru buat blog.. Do visit her, okey ?



~dah abis dah~



5 conteng-conteng:

Lieza Nordin said...

hahaha... akk pun lama x update blog :))

study ok?:)

tengkusakinah said...

Woah lamanya tak update, nasib kite tak unfollow tau :p hahaha just kidding

Nor Salmi said...

Singgah balas kunjungan

May said...

Hi visiting here

May said...

http://capturingthyinterest.blogspot.com/