18 March 2015

entri yang pointless~

Image result for quote tumblr

As my sister was busy preparing for her majlis tunang, I take the chance to update this blog. Haish,, makin lama makin susah pulak nak dapat chance untuk update blog ni. Maaf  ye untuk incik tuan dan incik puan plusss incik boss yang setia tercongok menunggu bilalah blog usang ni nak diupdate.. Huhu. Pardon me.. *sambil buat muka comel*

*Pernah tak korang rasa stres pluss tak tenteram tapi tak tau apa sebab musababnya?*
or..
*Pernah tak korang rase nak hentak- hentak je kepala korang kat dinding sambil tersengih-sengih macam kerang busuk? *
that's what i feel right now.. *fuhh*

kbye.. abaikan..
hanya sekadar luahan hati yang meminta simpati..


Jadi, disebabkan kemarau melanda otak,, I decided to tell you ollz a story..
A story on how I started fell in love...

*Pergh pergh pergh.. Puteri fell in love kot..
Ini cerita hangat lagi panas ni.. Boleh buat front page Bh kot*...




Okey, sila buang persepsi negatif wa penuh kontroversi uolls uolls semua..
Ini bukan cerita macammana Puteri fell in love dengan datuk mahupun mana- mana putera raja.
Tapi, ini cerita tentang macammana puteri boleh jatuh cinta dengan blogging..
Mohon patah hati sekarang.
Muahaha *evil laugh*

*Kata ganti nama 'aku' digunakan untuk membuatkan story ni lebih lemak berkrim dan umpph*

Aku start berminat dengan dunia penulisan ni since aku sekolah rendah rasanya. Time tu, aku ngan kawan- kawan aku semuanya hingus masih meleleh-leleh lagi ditambah dengan keriangan bak kanak- kanak ribenanya ditambah dengan tudung sememehnya. Pergh, complete ciri-ciri kanak2 sejati. Mantap! Tapi, aku ni kanak-kanak hingusan versi yang dah diupgrade. Time budak budak lagi, aku dah berfikir untuk menulis. Berwawasan jauh kan aku? Muahahaha *riak pluss bajet disitu*. Tapi, disebabkan time tu aku kolot IT sikit *sikit je la* ditambah lagi dengan ketiadaan laptopnya, maka aku pun selalu menulis kat kertas, tapi disebabkan tangan aku ni cepat lenguh, hasrat menulis aku terbantut tumbesarannya.


*Aku suka menulis, tapi aku paling benci menulis karangan. weirdo kan ?*

So, waktu aku darjah 5 tak silap, kakak aku pon beli laptop. Rasa yippie di situ.. Haha. Aku pon start buat facebook. And, aku ingat lagi waktu aku buat facebook pastu add kawan2 sekolah rendah aku, satu kelas terkejut cipanzi. *fuyoo, puteri dah maju.. Ada facebook*. Waktu tu, I feel like gigit gigit diorang. Nasib baik gigi aku rongak je time tu. Fuh.. Dah menyimpang jauh dari tajuk dah ni.

One of my junior, *junior kesayangan aku time sekolah rendah*, tunjuk kat aku blog dia rasanya. Time tu, aku fikir 'oh, ada yerk benda alah cenggini? ' Then, aku pon start belajar dengan dia, cara nak edit blog semua.. And, sampailah satu saat, aku dah pandai godek- godek kod sendiri, edit blog sendiri. Muahaha *bajet bajet*. Tapi, kalau takde junior aku yang baek hati tu, mungkin aku takkan ada menaip di sini. Makaseh adek ! Jasamu ku kenang.. Sebelum aku memberanakkan blog ni, aku ada lagi tujuh lagi blog, tapi semuanya telah ku bunuh tanpa sedikitpun perikemanusiaan.. muahaha.. kejam tak kejam..

Aku ingat lagi first entri aku.. *klik kalau nak baca* Serious rasa nak gelak tujuh hari tujuh malam je. Sepuluh baris pon tak sampai you know. Biasalah, zaman kekanak riang kan. Tudung selebeh, muka pon seposen je time tu.. *evem tudung sekarang masih lagi tak terurus* Sekarang ni dah nampak sikit kemajuan dalam entri aku, ye dok ? Sampai naik juling korang tengok skrin yang penuh dengan tulisan *riak lagi dan lagi*

And yang paling tak boleh belanya, dulu, aku selalu nyorok-nyorok time nak update entri. Tak nak kakak kakak aku ni tau. Jatuh la imej aku kalau depa baca blog ni. At last,, sepandai- pandai tikus mondok melompat, akhirnya jatuh masuk hospital jugak.. *err, awat tikus mondok pulak ni*.. Aku terkantoi dan terkandas akhirnya. Nak cover malu punya pasal, aku pon ajak la kakak kakak aku berblog secara berjemaah. Maka, berbondong- bondonglah kakak kakak aku mengimarahkan laman blog ni.. Haha, lawak je. And, endingnya, aku sorang je yang masih bertahan hidup bersama blog..

Aku ingat lagi zaman ketidakmatangan aku.Aku berblog sebab nak famous, nak followers beribu raban. Nak entri dikomen. Haha, aku pernah nangis kot sebab takde orang nak komen entri- entri aku, sampai tahap nak delete blog pulak tu.. And, sekarang aku terfikir, buat apa la aku kejar sangat populariti yang takkan bertahan tu? So, aku ubah mindset aku. Aku berblog sekarang adalah sebab aku nak share sesuatu dengan orang lain. *Harapnya korang dapat something la yerk*. And, aku hepi dengan life aku sekarang. Even tak banyak pon orang baca, and followers pon kekal sikit cenggitu je, aku hepi. At least, aku bawa manfaat kepada ummah. Even sikit..


Thanks kepada yang support aku. Dari aku setahun jagung sampailah aku sepuluh tahun ubi kayu..
*haha*. 
Jasa kalian sangat sangat ku kenang...



*wandering*
Agaknya, sampai bila yer blog ni akan bertahan? 

Image result for quote tumblr happiness



|sayonara~:) |
maaf, entri ni agak pointless sikit :)



3 conteng-conteng:

aiman mania said...

happy and enjoying blogging to the fullest............mana tau nnt popular cam fatin liyana..kenal dia x?dia femes sebab tulis blog je tau..hehehehhee...salam kenal ^^

:-) said...

entri pointless,tapi penulisannya agak menarik untuk dibaca :-)

Miss Xyz said...

AHAHAHA rasa batuk2 bila baca 'aku nak famous' tu.. yep, skrg ni org dh x femes sgt melalui blogging. klu twitter dgn insta berlmbak.. tinggal kita2 je yg guna blog lgi uhuhu