14 March 2015

si blazer hitam ?

Image result for cute images for facebook profile with heart touching quotes

Sedar tak sedar, dah ada kat rumah dah saya sekarang ye. Rasa tak percaya pulak. Cepat betul masa berlalu kan. Baru pejam sesaat, tengoktengok dah celik sepuluh saat. *erk abaikan.*

So sekarang, i'm alone kat rumah.Diulang. ALONE. Haha, ghase tak caya pulak. Kakak2 saya semuanya gi shopping. Shopping untuk barang tunang my kakak sulung. Saya? Haha, Maleh nak ikut. Saya ni bukanlah kaki shopping yang tahan dok berejam-rejam lamanya dalam shopping mall. Siyesli, Rasa nak pitam. Tambah tambah lagi nak cari barang tunang. Berganda ganda jamnya, berganda ganda lagi pitamnya. So, i'm ALONE.


2 minggu yang lepas, kitorang tenji *ini nama batch saya, bukan nama otromen* dapat kawan baru. 37 orang form four baru menjadi ahli tenji pluss. Haha, sikit je kan? Batch kami memang pelik. And guess what, sedara angkat saya tak datang. Sobsob betul. And, i'm still trying to adapt myself with this new situation. Masih dalam fasa senyumsenyum kerang busuk dan diikuti teguran hai dan dibalas hai pastu terus blah camtu je. Haha. Permulaan. Lama-lama nanti takdelah akward sangat kot. Yeah. Pasti.


Minggu lepas, ada ujian selaras satu. Alhamdulillah, lega sangat bila dah habis. Siyes, rasa stresspecahotak yang teramat dahsyatnya time exam flu itu. Haha. Lepas cuti ni rasanya lagi stress agaknya menerima result exam. Hopefully, saya berjaya melepasi exam ni dengan warna yang terbang. Fuh.cuak.cuak.




Si blazer hitam. Erk, sapa tu? Itulah pengawas. Atau nama gelemornya prefect. Fuh *sigh*


Sape yang tak nak jadi prefect, cer angkat tangan sikit? Yeah, terserlah kekrikkrikkan nya di situ. Saya konfem pasti wa sure, jadi pengawas ni adalah impian terbesar bagi kanak kanak ribena sekolah rendah mahupun sekolah menengah . kan? kan? ngaku jelah. Ekceli, saya pon memang ada menaruh harapan nak jadi pengawas sekolah. Nak femes sebab jadi mc time perhimpunan. Nak jadi cun pakai
kain hitam pluss blazer hitam. Pergh. Mantap! Nak jerit "aspuri, kosongkan asrama sekarang!" walaupun hanya akan dibalas dengan jelingan maut oleh bebudak aspuri. Haha.

Nak dijadikan cerita, waktu kat sekolah haritu, ada interview untuk jadi prefect. Siyes dalam hati asyik dok menghitung nak ke tak, nak ke tak je. Hitung punya hitung, akhirnya saya sadokan diri jugak untuk pergi interview tu. Bak kata kawan " Ayuhlah bersama- sama kita menaikkan nama rumah zamrud". Sampai je kat depan bilik kaunseling, Fulamak. Ramai. Ramai sangat. Macam kat shopping mall yang tengah ada sale 2 singgit je. *Nampak tak betapa ahli ahli tenji ni berkepimpinan di situ.* Haha.  Time tu, cuak berdouble double. Memang nekad sangat waktu tu nak balik kelas buat homework, tapi dan dan pulak kaki tu tergam kat situ. Fuh. Haru betul.

Nak dijadikan cerita lagi, saya pon masuk jela bilik interview tu bersama 5 orang yang lain. Dah la yang lagi 5 orang tu semuanya femes emes. Terasa kerdil jap kat situ. Time masuk tu, semua orang muka macam ayam tercekik kapur, tapi bila keluar. pergh muka berseri seri. macam pakai fair and lobeli. Siyes, that interview tu tak macam interview langsung. Kitorang dok gelak gelak buat lawak je kat situ. Adomak aiii.. And, antara soalan yang ditanya adalah, 'kenapa kamu nak jadi prefect ?' saya dengan bangganya menjawab,, sebab saya nak menyumbang sesuatu kat sekolah ni. Ye. itu mungkin betul. Sebab sejujurnya saya dah start sayang kat sekolah ni. Tapi, kalau nak lagi jujurnya, time tu niat saya nak jadi prefect adalah lebih kepada jawatan tu sendiri, kefemesan blazer hitam tu. Huhu, jahat je kan?


Fuh.
*tarik napas jap*


Lepas tu, memang dah tak fikir dah. Kalau dapat, dapatlah. Tak dapat pon takpe. *walaupun di hati masih mengharap blazer hitam tu jadi milik saya*. So, nak dijadikan cerita lagi dan lagi, lepas dah habis exam, saya pon tolong cikgu buat board kokurikulum. Nampak tak ciri2 pengawas yang rajin di situ ? *riak jap*. Buat punya buat, tetiba saya nampak ramai tenjiyunn yang merayau- rayau kat area bilik kaunseling. Dalam hati saya dok cakap *dah kenapa ?*. Pastu kawan saya pun datang. Dia cakap "put, pergi bilik kaunseling, nama kamu kena panggil". Dipendekkan cerita yang teramatlah panjang, saya pon masuk la dengan beberapa orang yang lain...




And.. guess what happen?




Bersambung...
*penat dah nak menaip*



| sayonara~ :) |




1 conteng-conteng:

May said...

nice reading your post....