09 June 2015

Aduh ! Berat sungguh~


Image result for tumblr inspirational quotes

Tetiba tangan ni rasa gatai nak menaip. Haha.

*****
Campak balik.
29 Mei 2015.
Its sambutan Hari Guru. 
Seluruh warga Igop semuanya busy. Busy for the preparation bagi memastikan sambutan tersebut gilang lagi gemilang lagi ohsemdaebakmantap arr. As for our batch Tenji, *tenji ni bukan menatang otromen or kamenrider bagai. Tenji ni shortform for ten generation.*
Tenji diamanahkan untuk menghias tiga tempat which is bilik guru 1, bilik guru 2 and bilik kaunseling. And as for my class, bilik kaunseling. 

Kerjasama yang sangat padu jelas lagi izharnya dapat dilihat. Memang mantap arr. Sampai sanggup skip bacaan yasin semata- mata untuk sambutan hari guru. *Err*. Start pukul 8 malam sampai 11 malam. Tu pun aku balik awal. Tak tau la yang the rest balik pukul berapa. Tapi, hasilnya.. Terbaik.

Nak dijadikan cerita, pagi sambutan tu, me and my friend pon pergi la bilik guru, nak mintak modul arab. *Pergh, nampak tak rajinnya di situ.* Pluss boleh cuci2 mata melihat hasil tangan budak batch sendiri. Tapi, sampai je kat depan bilik guru *err, konpius tu bilik guru 1 ke 2* terlopong kitorang duaratusnamploh saat. There was a like pintu gerbang yang dibuat daripada kertas ditampal kat tepi pintu bilik guru tu tapi malangnya semua dah tercabut. And yang buat kitorang lagi terlopong, dalam tu ada cikgu. 

Huwaa, malu.
Serious malu.
Mesti dalam hati cikgu 'Ish, apa la budak2 ni. Buat tak sungguhsungguh.
So, aku dan kawan aku pun tolong la tampalkan balik, disaksikan oleh cikgu- cikgu kat dalam tu.
Tapi, malangnya, ketinggian kitorang berdua yang macam kanakkanak tadika ni membuatkan kitorang tak mampu nak tampal balik. Kitorang pun went to the class yang in charge untuk hias bilik guru tu, suruh diorang betulkan balik apa yang patut. And guess what. Kitorang pulak kena marah dan diorang kata taknak betulkan. Noktah. Takde koma.

And I was like....
Masuk je kelas terus je hempashempas buku. Ya Allah, takleh imagine muka aku waktu tu. Maybe macam gorilla tercekik pisang kot. Out of the blue, sorang kawan aku masuk dan berkata 'Wei, hiasan kat bilik kaunseling dah tercabut'. Me and my friend yang tengah buat muka ketat tu pun serentak lagi sepadu berkata 'Jom !'

Satu kelas pandang.
Okey, hiperbola tu.
A few budak perempuan tengok kitorang dengan muka "Seriously?"
"Korang serious ke nak hias balik?"
"Serious la..." dengan harapan diorang tak macam budak2 kelas lagi satu tu.
Tapi, malangnya respon yang diterima adalah muka malas, muka menyampah, muka kagum pun ada. Haha.
Makanya, hanya kitorang bertiga je yang menghias semula bilik tu berbantukan beberapa orang bebudak lelaki yang sudi membantu *siyes terharu* dan sekali lagi bersaksikan para cikgu-cikgu yang sedang bersiap- siap ke dewan.
Serious.
Malu dengan cikgucikgu sebab tak berjaya buat yang terbaik.

*****
Okey. Cukup. Takmau cerita panjang2.
Saja meluahkan. Tiada dendam mahupun sengketa.

Jadi, pengajaran daripada cerita tadi ialah....
"Pergh baiknya budak tiga orang tu." *clapclap*
"Boleh buat menantu"
Err, bukan tu point yang nak disampaikan daripada cerita tu. tak berniat pun nak tunjuk baik mahupun hasad wattoma' wattakabbur wa riyak *insya Arab*
Cerita ni pasal amanah.
Ye.
Amanah. *Serious mood*


Amanah. Tak tau since when aku ada special relationship dengan amanah ni.
Mungkin since masuk igop.
Aku mula berkenalan. bertegur sapa. bersenyum kerang. bercuit-cuit, bergelak tawa dengan Incik Amanah ni.
And. Dari apa yang aku nampak..
Sangat ramai bukan berjutan tapi berinfinitan orang berebut- rebut nak kenal dengan amanah.
Tanpa tahu yang amanah ni teramat amat amat amat amatlah berat.
Lagi berat dari ahli sumo yang paling berat.

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (QS. Al-Ahzab: 72)
See ? Gunung yang tough sado qawiyyun wa matinun pun tak mampu. Manusia ? Dah lah lembik, kurus kering macam lidi terhegeh- hegeh bajet tough nak pikul amanah. *kena batang hidung sendiri*

Pegang jawatan prefect ni buat aku sedar yang amanah tu siyes berat. 
"Ceh, prefect je pon. Dulu kau penolong ketua prefect kat sekolah rendah takde pon sembang kencang cenggini."
Itu dulu. Time jahiliyah aku.
Teringat pulak zaman dulukala, berbaju biru bervest hitam, dengan selamba badaknya jalan mendabik dada sambil kata 'aku penolong ketua pengawas' dengan bajetnya.
Rasa malang pulak bila tak kenal amanah tu apa waktu tu. Kalau tak, konfom aku menangis tujuh telaga tujuhpluhempat hari tujuhpluhempat malam tak henti-henti sebab dapat title tu. 

"Eleh hias bilik kaunseling je pon. Chillax la."
"Bro, kalau dah namanya amanah, tetap amanah."

Sekecil- kecil apapun amanah tu, namanya tetap amanah. Tak boleh dibuang huruf jadi aman mahupun ditambah huruf jadi amanahiah. *okey, lawak hambar*
And.. amanah ni bukan hanya untuk prefect, pemimpin je. Amanah ni, semua orang ada.  Kita manusia je yang selalu lupa yang kita ada amanah. Amanah sebagai khalifah. Larilah ke lubang cacing sekalipun, that amanah will still kejar kita. Dan takkan lupa kat kita.

"Atau siapakah yang memperkenankan permohonan orang-orang yang ditimpa susah apabila menyeru kepadaNya? Dan yang menghilangkan ke susahan ?Dan yang menjadikan kamu Khalifah-khalifah di bumi ?Adakah Tuhan lain beserta Allah ? Sedikit kamu yang ingat. "(an-Naml : 62).

Err. Clueless speechless wordless nak cakap apa. --"
Konkelusionnya, amanah ni bukan benda main- main. Bukan boleh main- main macam playdough, masak- masak jadi kek. Tak.Sebab apa ? Amanah ni la yang akan dipersoalkan kat akhirat nanti. 
And, buat yang memegang jawatan pulak, jangan risau. Jangan gentar. Jangan kecut perut. Jangan ketar lutut. Allah bagi amanah tu sebab Allah percayakan kita. Allah tahu kita mampu. *Ching.*


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Al-Anfal : 27)

Image result for tumblr inspirational quotes

Kita manusia. Tak perfect. Tak lari dari silap.
Tapi, cubalah. Cuba untuk tunaikan amanah walaupun berat.
Cuba untuk jadi yang lebih baik.
Bukankah itu yang lebih baik ? *Wink*

“Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.” (QS. Al-Mukminun
Orang yang memelihara amanah = Orang yang beriman.
Kan Allah dah cakap.
Ohsem kan ?
Jadi.
Senyum :)
Dan tunaikan amanah kita~




1 conteng-conteng:

sue sue said...

seronoknya zaman sekolah..lagi2 dok asrama! saya dulu pakat buat persembahan jelaaa...ahli koir kot dulu!

singgah blogwalking :)